Wednesday, 4 September 2013

DATUK SERI G PANAVIEL `mungkin mungkir janji’ UBAH PENDIRIAN UNDUR JAWATAN SELEPAS 2016.


PRESIDEN MIC `mungkin mungkir janji’ UBAH PENDIRIAN UNDUR JAWATAN SELEPAS 2016.


Hari ini, Ahad, 1.9.2013, Presiden MIC Datuk Seri G. Panaviel diumumkan menang tidak bertanding jawatan Presiden oleh Pengerusi Pemilihan MIC, Tan Sri K Kumaran. Kemenangan tanpa bertanding berlaku setelah Datuk S Subramaniam (perundingan berlaku serta nasihat Datuk Seri Samy Vellu (dah dapat gelaran Tan Sri ? ) mengumumkan tidak akan melawan beliau.

Datuk Seri Presiden berkata 96 peratus Ketua Bahagian MIC seluruh negara menyokong beliau memimpin MIC. Atas dasar itu, beliau `mungkin mungkir janji’  untuk terus memimpin MIC selepas 2016. Ini memeranjatkan ramai pemerhati politik MIC  dan parti lain. Pada pendapat penulis, beliau mendapat 96% percalonan kerana para perwakilan bersetuju dengan pelan peralihan yang di rancang.

Pada penulis, dari segi `intellectual’ dan fasih berbahasa Malaysia, dengan andaian kedua dua Datuk Seri G Panaviel dan Datuk Seri S Subramaniam setia pada parti MIC dan BN, Datuk Seri S Subramaniam lebih layak menjawat Presiden MIC lepas 2016. MIC akan lebih di hormati di kalangan politik  dalam negeri dan luar negeri.

Penulis risau dengan `rentak perlahan’ Malaysia mengendalikan masalah jerebu yang berlaku beberapa bulan yang lalu. Menteri Malaysia mesti dilihat bijak dan sestandard dengan Menteri Alam Sekitar Singapura.

Sekadar pandangan penulis ialah jangan ikuti jejak langkah Presiden MIC sebelum ini yang terlalu lama memegang jawatan. MIC mesti di remajakan. Beri peluang golongan muda dan berpendidikan. Pembangkang di Malaysia kini menonjolkan ramai intellectual yang menarik ramai sokongan. UMNO dan parti komponen lain pun kena berubah.

No comments:

Post a Comment