Datuk Seri Shafie Afdal akan mempertahankan jawatan Naib Presiden.
Beliau mesti cuba meningkatkan kepopularitinya darimendudukui tempat kedua ke
tempat pertama. Beliau awal awal mengumunkan penawarannya yang menyebabkan
calon dari Sabah berfikir dua kali.
Penulis sedang `tunggu dan lihat’ keputusan Datuk Seri Musa Aman
samada bertanding jawatan Naib Presiden. Beliau kena buat penilaian teliti
kerana wakil Sabah sudah ada di Naib Presiden. Keputusan untuk turut bertanding
memperlihatkan seakan akan ada sedikit pergesiran di antara DS Shafie dengan DS
Musa dan penyokong masing masing.
Datuk Rahman Dahlan sudah tetapkan tekad bertarung di peringkat MT
manakala Datuk Bung Radin Mokhtar dijangka akan mempertahankan kerusinya.
Penulis sedang memerhatikan kelibat Datuk Seri Anifah Aman, Datuk Rahman Bakri
dan Datuk Ghaffur.
Ketua Puteri Datuk Rosnah Sarlin Rashid akan berusaha merebut tempat
di dalam EXCO Wanita. Iini adalah langkah pertama selepas aktif di Puteri UMNO.
Sama seperti peranan Sabah di dalam PRU13 yang lalu,iaitu memenangkan
BN, penulis yakin perwakilan Sabah akan mencorakkan komposisi kerusi Naib
Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
No comments:
Post a Comment