Datuk Seri G Palanivel dan rakan di dalam MIC mempunyai dua cabaran
besar pada masa kini dan akan datang.
Pertamanya, MIC mempunyai tanggongjawab untuk menambah sokongan kaum
India baik tua atau muda, yang berada di Bandar mahupun luar Bandar, terhadap
BN. Jikalau dahulu peratusan sokongan 40 peratus, ia kena ditingkatkan kepada
60 peratus mimina.
Bagaimana hendak melakukannya? Presiden dan rakan pasti tahu apa nak
buat. Rakyat kaum India mesti didekati secara sistematik. Orang muda menuntut
pendekatan yang berbeza dengan orang dewasa. Ahli perniagaan mempunyai
keperluan lain dengan petani di estet. Bantunan mesti disalurkan.
Cabaran kedua ialah gansterism. Di laporkan kaum India ramai
menganggotai pertubuhan haram dan kongsi gelap. Lebih 60% daripada lebih kurang
40,000 ahli kongsi gelap adalah kaum India.
Bagaimana agak Presiden hendak mengurangkan jumlah tersebut? Apa
strateginya jangka pendek dan jangka panjang?
Penulis ingin cadangkan semua pihak mengawal aktiviti anak anak kita
di peringkat persekolahan lagi. Tren murid murid liar sebenarnya sudah mula
ditunjukkan semasa mereka di peringkat sekolah rendah lagi, lebih nyata di
sekolah menengah.
Setiap pagi dan petang, penulis akan ke sekolah untuk mengambil anak.
Penulis nampak kumpulan murid murid Melayu atau Cina atau India merempit dan
hisap rokok. Kadang kadang bergaduh. Ada yang sengaja ponteng sekolah dan
bergaduh. Rekod mereka sebenarnya tercatit di rekod sekolah. Kuasa guru amat
terbatas. Ibubapa sibok dengan hal mereka.
Rumusannya benih gangsterism menyubur di peringkat pesekolahan lagi.
Penulis harap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dapat mengurangkan wabak
ini bukan setakat mengukuhkan perpaduan.
Agak agak tuan puan, apakah cabaran UMNO sekarang ini?? Tunggu di lembaran lain.
No comments:
Post a Comment