Salam YB Datuk Nur Jazlan, Pengerusi PAC.
Jika Datuk dan PAC hendak sangat kerja yang boleh
membantu kerajaan `mengakuantabiltikan pembelanjakan wang rakyat dan secara
tidak langsung Datuk akan dilihat sebagai ahli MT UMNO yang berjiwa pembela
rakyat, sila cadangkan penubuhan Suruhanjaya GERAN KERAJAAN MOSTI.
Penulis sarankan PAC, jikalau ianya dibawah bidang
kuasa PAC, menilai keberkesanan pemberian geran kerajaan seperti TECHNOFUND,
INNOFUND kepada para penyelidik Universiti dan Pengajian Tinggi dan syarikat. Adakah
objektif pemberian geran menyemarakkan hasilusaha dan penyelidikan Universiti
dan membantu menyelesaikan masalah (kesihatan, perumahan, ICT, pertanian dan
pengeluaran makanan, kejuruteraan dsb) harian rakyat?
Penulis mendapat sebuah naskah yang dibekalkan oleh
MOSTI yang menyenaraikan projek projek yang telah diluluskan mengikut skim
menurut tahun. Beribu projek yang telah diluluskan dan banyak juga projek yang
seakan sama. Jikalau kesemua projek tersebut dijalankan, cemerlangkan Malaysia.
Seperti yang YB Datuk katakan rakyat harus tahu kemana wang rakyat dibelanjakan
kepada para penyelidik dan usahwan.
Untuk tujuan itu, cadangkan sebuah badan ala
Suruhanjaya mengkaji keberkesanan pemberian geran tersebut dan mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan pemberian geran.
Secara peribadi, MOSTI dan agensi lain harus BERHENTI
MEMBERI GERAN tetapi MEMPERTIMBANGKAN `SOFT LOAN’ kepada usahawan. Kepada para
penyelidik, projek yang hendak di research itu PERLU MENEPATI ASPIRASI ATAU
SASARAN. Contoh sasaran ialah produk itu boleh dikeluarkan dan dipasarkan
mengikut harga pasaran. Ada produk berteknologi tinggi tetapi terlalu mahal di
pasaran berbanding dengan saingannya.
Penulis merasakan banyak projek yang tersenarai tidak
berdayamaju dan `duplicate’ dan teori bukan praktikal. Marilah kita sebagai
rakyat Malaysia ambil tahu mengenai projek yang mana berjaya dan yang mana
tidak berjaya supaya ia boleh dijadikan sempadan. Penerima geran asyik orang
tertentu iaitu mereka yang ingin mendapatkan gelaran professor dan naik
tanggagaji. Para pemohon adalah mereka yang tahu menulis dan `mengoreng’
paperwork dan menepati kreteria permohonan. Lagi pun MOSTI tidak serious untuk
membantu usahawan baru memberikan `guideline’ dengan alasan tidak mahu dilihat
bersengkokol dengan pegawai MOSTI atau takut berlaku rasuah. Pegawai pegawai
akan memberi alasan `guideline’ telah di publish dan boleh rujuk. Pada pendapat
penulis, jikalau begitu anak anak kita tidak perlu pergi ke sekolah tetapi
cukup dengan buku teks sahaja, sudah pandai. Guru guru tidak perlu ada kerana murid
murid boleh rujuk buku teks.
Antara kajian yang boleh dilakukanialah :-
1.berapa banyak projek yang mendapat geran telah
berjaya di kommersialkan atau berada di pasaran bersaing (tidak guna produk
yang telah berada di pasaran tetapi tidak terjual)?.
2.siapakah yang mereka yang menerima geran tersebut.
Ada syarikat atau perseorangan hidup dengan geran kerajaan.? Mati hidup
syarikat itu bergantung kepada geran. Setiap 2 tahun mohon geran baru untuk
`survive’.
3. Setiap geran ada milestone. Sila periksa setiap
projek dilaksanakan mengikut milestone projek masing masing. Jikalau ia tidak
mengikut milestone, apa tindakan MOSTI?.
4. Projek yang tidak berjaya di dalam perniagan
kerana tiada `tekanan bayar balik hutang’, apa tindakan MOSTI? Kelazimannya
jika tiada tekanan, usahawan tidak berkerja bersungguh sungguh.
5. Untuk mengelakkan tuduhan penyelewengan dan
pakatan dengan pemohon (pensyarah atau syarikat), siapakah pegawai yang
terlibat membuat keputusan.? Adakah mereka seorang yang berpengalaman di dalam
perniagaan atau ahli pentadbiran? Mereka perlu dipertanggongjawabkan juga
kerana `wrong decision’
6. Geran geran ini melibatkan teknologi. Kaji berapa
banyak permohonan (jumlah permohonan dan
amaun) di berikan kepada sesuatu teknologi. Diperhatikan teknologi membuat baja
(sebagai contoh) menggunakan EM melebihi 3 projek.
7. Kaji pecahan pengurniaan geran mengikut kaum. Kaum
yang mana yang berjaya mendapat geran? Luar Bandar atau Bandar? Negeri mana
yang aktif? Apa status projek mereka?
`Terms of reference’ SURUHANJAYA GERAN MOSTI ini
boleh diperpanjangkan atau diperincikan. Penulis mengaku tidak `fasih’ di dalam
hal ini tetapi jika diberikan kesempatan boleh menyumbang ide ide kearah
pembaikian.
Penulis cadangkan kerajaan memberhentikan pemberian
geran untuk 3 tahun ini dan memberikan perhatian mengkajisemula dan memantau
projek projek yang telah diluluskan. Dimanakan mereka dengan projeknya.? Lebih
baik peruntukan yang berjuta itu digunakan oleh mensejahterakan rakyat daripada
`mengkayakan’ usahawan dan para penyelidik. Pegawai MOSTI sudah bergaji besar
dan simpanan KWSP pun hampir mencecah ratusan ribu. Tingkatkan jumlah BRIM atau
perluaskan skop penerima BRIM. Tidak mengapa Malaysia terkebelakang sedikit
dari segi teknologi. Tidak semestinya kita menjadi inventor asli tetapi jika
`refinement’ dan `enhancement’ boleh mensejahterakan rakyat, ia sesuatu yang
membanggakan.
Jemput wakil dari SPRM, Jabatan Audit, Ahli
perniagaan, PDRM dan pakar yang sesuai mengganggotai SURUHAN JAYA GERAN MOSTI.
Tujuan utama geran bukan untuk komersial, ianya adalah untuk memperbaiki, menambah baik, menginovasikan sesuatu teknologi, prototaip ataupun produk sedia ada. R&D bukan dana untuk menambah hasil, ianya dana 'belanja hangus' untuk dapat keputusan tertentu yang di rancangkan.
ReplyDelete