Wednesday, 4 September 2013

KTM MENUNJUKKAN KEMATANGAN STRATEGI PEMASARAN

KTM MENUNJUKKAN KEMATANGAN STRATEGI PEMASARAN

Salam Kemerdekaan
Penulis amat gembira dengan perkembangan KTM 2 tahun kebelakangan ini. Koc nya menarik, perkhidmatannya berjadual dan `predictable’. Penulis amat suka tambang murahnya. Warga emas diberikan diskaun apabila menggunakan perkhidmatan KTM. Penulis kerap ke KL Sentral ke TBS Bandar Tasik Selatan yang tambangnya hanya RM1 sehala. Oleh kerana murah, orang ramai berpusu pusu menggunakannya terutama waktu pergi kerja dan pulang kerja. KTM berani memperkenalkan koc wanita di dalam perkhidtmatan dan ia di terima ramai.


Minggu lepas KTM memperkenalkan pakej majlis perkhawinan dalam koc sebagai salah satu sumber pendapatannya. Amat menarik juga pakej tersebut.

Menjelang tengah malam mederka, penumpang di dalam koc di raikan dengan sambutan Hari Kemerdekaan. Pelbagai program diadakan seperti pengagihan bendera, kibaran bendera, nyayian ramai ramai dan sebagainya.


Jikalau KTM bersikap kreatif di dalam perkhidmatan, penulis percaya KTM juga kreatif di dalam mencatitkan jualan yang tinggi dan pengurangan pembaziran. Selamat maju jaya KTM.

No comments:

Post a Comment