Jikalau kita perhatikan secara teliti, pertandingan
sengit hanya akan berlaku di kategori Naib Presiden dan MT serta EXCO Pemuda,
Wanita dan Puteri.
Kategori Naib Presiden menampilkan 2 atau mungkin 3
pencabar selain Naib Presiden sedia ada DS DrZahid Hamidi, DS Shafie Afdal dan
DS Hishamuddin Tun Hussein. Mereka adalah DS Mohd Ali dan Tan Sri Isa (dan
mungkin Datuk Mukhirz Mahathir juga). Datuk Mukhirz baru sahaja menerima lampu hijau untuk bertanding? Dari siapa Tum Dr Mahathir atau PM atau TPM?
Datuk Musa Aman telah memutuskan untuk tidak
bertanding Naib Presiden dan MT. Suatu keputusan yang sukar difahami. Beliau
menjadi Ketua Perhubungan UMNO Sabah tetapi tidak mahu atau mengelak berperanan
di peringkat UMNO nasional. Adakah beliau ingin memberi laluan kepada ahli UMNO
Sabah yang lain seperti DS Shafie, D Rahman Dahlan, DS Bung Radin Mohktar dan
yang lain.? MARA di beri peranan penting di dalm memperkasakan ekonomi
Bumiputera.
Adakah ia seperti DS Noh Omar memberi laluan kepada
Datuk Sohaimi Shadan dan Datuk Satim mewakili Selangor?
Jawatan Presiden,Timbalan Presiden dan Ketua Wanitahampir
pasti tiada tandingan. Tengku Razaleigh mungkin tidak akan bertanding jawatan
Presiden kerana populariti DS Najib amat tinggi manakala Tengku tidak nampak ada
sokongan akar umbi kerana beliau kurang
`mengular’ di peringkat bawahan.
Kategori Timbalan Presiden pula akan memberikan
laluan tanpa bertanding kepada penyandang sekarang. Tan Sri Muhyiddin popular
dikalangan Melayu dan tidak kedengaran akanada pertandingan. Malah DS Dr Zahid
Hamidi ada mengeluarkan penafian yang beliau ingin mencabar kedudukan Tan Sri
Muhyiddin. Ahli UMNO kena ingat yang Tan Sri Muhyiddin juga merupakan kegemaran
Tun Dr Mahathir.
Ketua Wanita dijangka akan tiada pertandingan dengan
penarikan diri YB Datuk Azalina Othman. Jika adapun, tiada ketokohan yang boleh
menandingi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil buat masa ini. Isu NFC sedikit pun
tidak mengerunkan wanita waja ini. Perhubungan baik dengan PM memang terserlah.
Kesetiaan tetap kekal walaupun beliau tidak dipilih menjadi wakil rakyat dan
dilantik mengalas tuga nasional.
Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin pasti akan menang
jawatan tersebut jika ada pertandingan. Diberitakan Saudara Akhramsyah Tan
Sri Sanusiakan berdepan dengan beliau.Penulis
tidak nampak dan dengar gerak kerja aktifnya sehingga mewajarkan beliau
bertanding diperingkat tertinggi Pemuda. Pengaruh Tan Sri Junid tidak mencukupi
membantu kemaraan Akhramsyah. Jika Saudara Akhramsyah, anak kepada Tan Sri
Sanusi Junid tarik diri, seorang lagi akan menawarkan diri. Tiada kesengitan
kerana YB Khairy popular di kalangan belia. Pada pendapat penulis yang cetak
ini, jika inginkan pengenalan dan publisiti untuk dikenali ramai, pertandiangan
ini memungkinkan. Tandinglah tahun hadapan.
Ketua Puteri Melaka, YB Mas Erni akan mencuba
nasibnya. Walaupun kurang berpengalaman diperingkat nasional, beliaudijangka
menang kerana tiada tokoh yang betul betul `credible’melawannya. Beliau juga
paling awal mengumumkan penawaran diri dan satu strategi yang baik. Penulis
harap Puteri tidak akan malap di dalam aktivitinya nanti.Penulis `expect
somebody lika Datuk Azalina’ semasa
memimpin Puteri dahulu. Gila gila sikit dan `not predictable’ programnya.
Selamat mencuba.
MT menyaksikan ramai muka baru. Antara yang tidak
bertanding ialah Tan Sri Dr Rais Yatim, DS Noh Omar, Datuk Musa Aman. Ramai
juga yang akan mempertahankan jawatan seperti Datuk Tajuddin, Datuk Saifuddin,
Datuk Mustapha, Datuk Wira Idris Haron dan lain. Muka baru calon MT khasnya
dari Pemuda dahulu ialah Datuk Sohaimi, Datuk Seri Reezal, Tun Faisal dan Datuk
Razali Ibrahim. Sabah akan mempertarungkan Datuk Bung Radin, Datuk Abdul Rahmandan
mungkin Datuk Ghafur. Selangor mengemukakan Datuk Satim dan Datuk Sohaimi.
Johor akan di wakil Datuk Nur Jazlan, Datuk Razali Ibrahim, Datuk Dr Puad
Sarkasi dan sebagainya. Datuk Dr Latif sudah buat keputusan tidak?
Pesanan penulis ialah jika sudah dilantik ahli Majlis
Tertinggi UMNO, jangan sesekali menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri
dan keluarga. Berilah sumbangan ide ide untuk memperkukuhkan UMNO dan BN.
http://jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com/
ReplyDeletesalam bro..tolong linkkan blog saya...tq
Bro
ReplyDeleteSaya sedang belajar macamana nak link kan. Kalau tahu ajar saya