Tahniah kepada Datuk Hisham kerana yakin akan mempertahankan jawatan
Naib Presiden yang akan berlangsung November ini. Beliau memberitahu para
pemberita semasa Jamuan Hari Raya di Parlimen Semberong.
Beliau mengulas pertanyaan pemberita mengenai penawaran Datuk Seri
Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad untuk jawatan Naib Presiden. Beliau
memberi jaminan akan bertanding secara sihat. Isu anak kepada Perdana Menteri Tun
Hussein Onn dan sepupu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak akan
memberikan kelebihan kepada beliau. Beliau bertawakal dan membiarkan ahli
membuat pilihan.
Penulis pun ingin menasihati Datuk Hisham supaya tidak gentar untuk
tewas kepada kekawan ahli UMNO. Kita bertanding bukan untuk mengalahkan
seseorang tetapi memberikan pilihan kepada ahli UMNO memilih pemimpinya pada
masa dan ketika ini. Mungkin pada masa akan datang, beliau layak memimpin
Malaysia.
Seperti yang penulis `ramalkan’, keadaan politik negara bergolora dan
baru reda sedikit. Puak pembangkang pada masa kini (pada pendapat penulis
pemimpinnya dan penyokongnya) menggalakan penyokong `kurang ajar’, cakap apa
saja tanpa menjaga sensitiviti orang lain, tidak menghormati undang undang
serta pihak berkuasa dan menghina agama Islam. Hak orang orang Melayu dipersoalkan
dan diceroboh. Keadaan politik begini
lah yang tidak mengizinkan ke`lemah lembut’an
dan kesopanan Datuk Hishamuddin menguruskan Kementerian Pelajaran dan
Kementerian Dalam Negeri.
Keadaan politik negara mungkin berubah suatu hari nanti, kemungkinan
selepas PRU14 atau 2018. Diharapkan BN akan menguasai semula politik negara.
Undang undang sudah diperketatkan. Rakyat lebih menghormati undang undang dan
hak majoriti. Kemungkinan ramai pemimpin
pembangkang sudah berusia dan bersara politik. Selamat sedikit Malaysia. Ahli
kongsi dan gangster dikawal. Ajaran songsang agama dan Syiah dipantau secara
rapat.
No comments:
Post a Comment