Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak telah melancarkan dasar memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera.
Ia akan membantu semua golongan rakyat. Apabila seorang usahawan diberikan
pembiayaan untuk memperkembangan perniagaannya, banyak `business spilover’
berlaku. Usahwan memerlukan kontraktor ubahsuai premis, pendawaian,
pengangkutan, peluang pekerjaan, caruman kwsp, income tax mungkin, pembelian
mesin dan peralatan dan banyak lagi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pula telah memainkan
peranannya di bidang pendidikan dengan pelancaran PPPM 6 September lalu. PPPM
ini tentunya akan mengangkat anak anak kita ke peringkat yang lebih baik, mutu
pendidikan yang bertambah baik, peluang pekerjaan yang banyak, pengkhususan
kerja guru, kemudahan pembelajaran yang bertambah, peluang mempelajari bahasa
lain dan sebagainya.
Malam tadi, Harimau Malaya menjuarai Pestabola
Merdeka apabila berjaya menewaskan Myanmar 2-0. Penulis bangga dengan pemain
Harimau yang berjaya mengekang serangan bertali aruspihak lawan. Harimau Malaya
pula di masa akan datang di harapkan dapat `convert’ peluang yang ada. Banyak
peluang.
16 September 2013, Isnin, kita akan menyambut HARI
MALAYSIA yang ke 50 tahun. Pada penulis dan keluarga, ia adalah sesuatu yang
mengembirakan kami. Kerajaan sedang dan telah melakukan sesuatu untuk
kesejahteraan rakyat Malaysia.
Keempat empat perkara di atas adalah hadiah buat
rakyat Malaysia yang tercinta.
No comments:
Post a Comment