Wednesday 4 September 2013

DS ZAHID MENANG NAIB PRESIDEN TANPA BERKEMPEN SECARA LANSUNG.

DS ZAHID MENANG NAIB PRESIDEN TANPA BERKEMPEN SECARA LANSUNG.


Yang terkini, DS Dr Zahid Hamidi dan PDRM sedang mengambil tindakan terhadap Hishamuddin Rais, Adam Adli dan A Samad Said kerana mengibarkan bendera selain daripada Jalur Gemilang. Tindakan mengibarkan bendera `Sang XXX’  dan menghina Jalur Gemilang atas pelbagai alasan di perhimpuan kecil di ambang Merdeka dikatakan  menyalahi perundangan negara. Tindakan pantas ini menaikkan nama DS Dr Zahid Hamidi.

Sebelum ini mulai September 2013, Ops PATI di gerakkan di seluruh negara. PATI  PATI sebenarnya mereka yang enggan dan ingkar menerima usaha proses pemutihan dan pulang secara sukarela beberapa bulan dahulu. Kerajaan tidak boleh dikatakan kejam kepada PATI khasnya Indonesia kerana peluang telah diberikan seluas luasnya. Kesian melihat ibu ibu yang sedang mendukung anak anak di tahan. Penulis pula ingin ucapkan tahniah kerana menyerbu kelab kelab malam dan rumah urut. PATI PATI ini kelazimannya membawa masalah social kepada negara. Kelab dan rumah urut ini, biasanya  dimiliki oleh suatu kaum yang membantu DAP dan rakan puak pembangkang dan mengelakkan gangsterism. Ops PATI ini sekali lagi mengembirakan ahli UMNO yang ingin melihat ketegasan Kementerian Dalam Negeri dan PDRM.

DS DR Zahid terus mendahului di dalam perlumbaan kerusi Naib Presiden apabila PDRM melancarkan Ops Cantas yang berobjektif membenteras jenayah senjata api dan pembunuhan. Lebih kurang 2000 ahli kongsi gelap dan pertubuhan haram telah ditahan. Ramai lagi yang perlu di ambil tindakan. Diberitakan 40,000 ahli kongsi gelap yang aktif. Logo loga haram pun telah diwar warkan. Ramai juga penjenayah telah di tembak mati.

Usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang selamat menjadikan DS Dr Zahid Hamidi di sukai ramai termasuk ahli UMNO.

Rakyat masih ingat lagi dengan perhimpuan haram dan Blackout 505 oleh DS Anwar Ibrahim dan geng pembangkang. Perhimpuan ini di adakan di beberapa Bandar di Malaysia tanpa kawalan walaupun diberikan amaran. Apabila KDN mendapat DS Dr Zahid dan PDRM diketuai oleh Tan Sri Khalid, tindakan menahan dan mendakwa terus diambil tanpa was was.  Usaha kedua personality ini berjaya meredakan keadaan. Rakyat termasuk ahli UMNO memuji tindakan DS Dr Zahid dan Tan Sri Khalid.

Sebagai rumusan, DS Dr Zahid berkempen untuk mempertahankan slot pertama Naib Presiden melalui tindakan berhemah membenteras penjenayah, PATI dan pendemonstrasi serta pengkhianat negara, tanpa tindakan `politik’ sebenar.

Selamat Maju Jaya DS Zahid Hamidi. Tan Sri Khalid Abu Bakar, teruskan usaha baik. Semoga sihat dan selamat menjalankan tugas.


No comments:

Post a Comment