Penulis tertanya tanya mengapa kedua dua anak muda ini tidak
menawarkan diri bertanding di Majlis Tertinggi UMNO walhal penglibatan mereka
bukan di peringkat PEMUDA lagi tetapi peringkat UMNO sudah.
Datuk Irmohizan terlibat secara langsung dengan PM di dalam program
1M4U dan baru baru ini dilantik Pengerusi LKIM selain daripada Ahli Parlimen
Kuala Selangor.Beliau boleh dianggap `killer’ juga kerana mengalahkanPengarah
Strategi PAS dan orang kuat PAS. Berbanding dengan Tun Faisal mahupun Datuk
Sohaimi, Datuk Irmohizan adalah `blue
eye boy’ PM.
Datuk Khairun di `gossip’ kan akan bertanding Naib Ketua PEMUDA dan
telah melakukan persiapan. PM ternampak bakatnya membawa pulang anak gadis yang
lari mengikut teman ke Lubok atau Batam Indonesia atau dilarikan oleh teman
lelaki masing masing. Biro yang di pegang Datuk Khairun mendapat perhatian PM
dan dipertimbangkan dilantik menjadi Setiausaha Politik PM. Ramai yang idamkan
kerusi tersebut kerana ianya dekat dengan PM. Sedikit sebanyak atau langsung
tidak langsung ia mencerahkan peluang naik dalam parti.
Mengapa mereka tidak mengumumkan pendirian mereka? Adakah mereka masih
mahu berenang renang di sungai dan bukan di lautan gelora.? Adakah Datuk
Khairun tidak digalakkan bermain politik aktif semasa memegang jawatan SUP PM
kerana dikhuatiri menyalahgunakan kedudukan?. Begitu juga dengan Datuk
Irmohizan yang dikhuatiri tidak efektif kerana terlalu banyak kerja.? Kita
tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment