Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Hishamuddin Tun Hussein berkata
operasi AES telah dikembalikan kepada kerajaan. AES Solution, sebuah syarikat
Menteri Kewangan telah diperbadankan untuk tujuan ini. Tentu sekali Kerajaan harus
membayar balik perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak swasta dan
diberikan sedikit pampasan, namum tidak di ketahui amaunnya. AES ini di
kembalikan kepada kerajaan semula ekoran bantahan dan kesukaran melaksanakannya
kerana melibatkan undang penguatkuasaan.
Secara peribadi, penulis menyokong AES dilaksanakan secara penswastaan
kerana ia memungkinkan jumlah kemalangan dikurangkan kerana kecekapan AES
mengenalpasti kesalahan. Swasta akan berkerja 24 jam dan tiada isu `kesian’
kerana semuanya `computerise’. Kebarangkalian berlakunya rasuah di kalangan
PDRM, Trafik dan JPJ amat tipis kerana denda nya standard dan tiada perhubungan
manusia.
Penulis pernah menulis tentang AES ini dan tidak faham kerana ia
dibantah dengan teruk apabila dipolitikkan oleh Pakatan Pembangkang. Salah satu
golongan yang membantah ialah pemandu bas atau pengguna lebuhraya. Mengambil
contoh kemera di antara Bangi dan Kajang Lebuhraya Utara Selatan. Pengguna
diperingatkan dengan 3 notis atau papan tanda Kawasan Kamera Beroperasi,
sebelum kamera ditigal atau AES beroperasi. Jika pengguna tidak mengindahkan
notis dan memandu laju semasa di `kemera’kan, pengguna tersebut wajib (bukan
harus lagi) di kenakan saman. Salah diri sendiri dan pengguna menzalimi diri
sendiri dan pengguna lain.
Dari segi politik, rakyat dan ahli UMNO sedang memperhatikan
kebijaksanaan DS Hishamuddin mengendalikan kes AES ini. Mungkin rakyat akan
reda kemarahan mereka jika DS Hishamuddin membuat keputusan yang betul dan
baik.
Ada kesan kepada pemilihan Naib Presiden UMNO? Sama sama lah kita
lihat dan tunggu keputusannya.
No comments:
Post a Comment