Sunday 22 September 2013

HASSAN MALEK MESTI MENJADI `ZAHID HAMIDI’ DALAM ISU SELUDUP / JUAL DIESEL BERSUBSIDI.



Tahniah kepada Menteri KPDNKK, Datuk Hassan Malek, anggota penguatkuasaannyadengan Penguatkuasa Maritim kerana berjaya menahan penjenayah diesel dalam cubaan menyeludup diesel bersubsidi sejumlah 560,000 liter berharga RM3.1juta. Ia berlaku di sebuah jeti persendirian di Kota Tinggi.

Penulis merasa amat hairan kerana jumlah diesel terseut mencecah setengah juta liter dan ia perlu mengambil masa yang panjang dan melibatkan ramai orang dan banyak stesyen. Tanpa kerjasama banyak pihak, ia tidak mungkin berjaya mengumpul sebanyak itu.


Penulis mohon Datuk Hassan Malek menjalankan  `tindakan Zahid Hamidi’ di dalam isu ini. Cadangkan kertas pendakwaan dengan denda dan penjara mandotori kepada penjenayah diesel ini. Keseluruhan rangkaian. Stesyen yang sengaja atau tidak sengaja mengesan penjualan haram ini, perlu di tarik lesen atau di sekat penjualan diesel di stesyen mereka buat satu tempoh.

Jikalau tiada peruntukan undang, mohon kerjasama Pejabat Peguam Negera

untuk rangka satu undang undang yang berat.

No comments:

Post a Comment