Thursday, 19 September 2013

UMNO DAN PM/TPM AKAN MENDAPAT PEMBANTU YANG DEDIKASI, SETIA, BIJAK DAN DISUKAI RAMAI.



UMNO akan mendapat 3 orang terkanan kepada PM dan TPM Oktober 2013 ini. Mereka ini akan menjawat Naib Presiden UMNO iaitu jawatan ke 3, 4 dan 5 terpenting dan terkanan. Mereka ini berpotensi menjadi PM jika ada rezeki,bebas skandal, berprestasi baik dan panjang umur. Mereka mungkin tidak keseorangan membuat keputusan parti tetapi menerajui Kementerian penting dalam Kerajaan.

Penyandang Naib Presiden pada masa ini ialah DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, DS Shafie Afdal dan DS Hishamuddin Tun Hussein. DS Dr Zahid Hamidi ketuai Kementerian Dalam Negeri, sebuah kementerian yang menjaga ketenteraman dan keselamatan negara. DS Shafie Afdal berkecimpung dengan penduduk luar Bandar (majoritinya Melayu dan Bumiputera) yang merupakan penyokong kuat Kerajaan BN. DS Hishamuddin menjaga hal ehwal ketenteraan yang menjaga kedaulatan negara. Anggota yang terlibat juga ramai.

Jawatan Naib Presiden yang menaikkan DS Najib,  Tan Sr Muhyiddin, Tun Abdullah Badawi, DS Anwar Ibrahim dan Allahyarham Tun Ghafar Baba. Laluan jawatan ini yang memungkinkan PM memilih di kalangan mereka menjadi Timbalannya. 

Andaikata berlaku pertandingan 6 penjuru, 3 calon lain akan tewas. Yang tewas jangan berkecil hati dan putus asa. Jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden sangat panas dan `vulnerable’. Jawatan boleh menjadi kosong jika ada kematian, hilang keupayaan, hilang kepercayaan YDPA dan Ahli Parlimen, melakukan jenayah dan didapati bersalah dan mungkin mahu bersara.


Tahun ini mungkin mereka kalah, tahun depan mungkin mereka menang. Teruskan kerja kuat dan menangi hati ahli UMNO. Jangan bakar jambatan.

Yang menang pula jangan anggap jawatan mereka kekal selamanya untuk mereka. Ia bergantung kepada prestasi masing masing selain rezeki dan panjang umur.


Mengenai ramalan siapa yang menang di dalam pertandingan Naib Presiden, ramalan penulis ialah DS Dr Zahid Hamidi, DS Mohd Ali Rustam dan D Mukhriz. Ini berdasarkan kepada kepopulariti dan prestasi kerja yang baik.  Penulisan terdahulu mengenai pertandiangan Naib Presiden adalah berkaitan:-

1.AHLI UMNO PILIH CALON BERDASARKAN RESTU DAN `SIGNAL’ PM DAN TPM?

2.SAH. DATUK ALI TANDING NAIB PRESIDEN. DATUK MUKHRIZ TANDING?.


3.DATUK HISHAMUDDIN YAKIN DAN TIDAK GENTAR MEMPERTAHANKAN JAWATAN NAIB PRESIDEN


4.DS ZAHID PALING POPULAR.


5.DS ZAHID MENANG NAIB PRESIDEN TANPA BERKEMPEN SECARA LANSUNG.


6.PERWAKILAN UMNO SABAH AKTIF DI DALAM PENGURUSAN ATASAN UMNO


7.SEMPATI DENGAN DS HISHAMUDDIN DAN KEMENTERIANNYA


8.PERTANDINGAN NAIB PRESIDEN KIAN SENGIT.


9.MULA MULA PPSMI, KEMUDIAN PERHIMPUNAN BERSIH DAN HINDRAF DAN KINI AES. BOLEH KE BELIAU SELESAIKAN?


10. KEMUNGKINAN GANDINGAN BARU BARISAN NAIB PRESIDEN UMNO


No comments:

Post a Comment