SEMPATI DENGAN DS HISHAMUDDIN DAN KEMENTERIANNYA
Semalam penulis menge`publish’kan penulisan mengenai pengendalian isu
besar oleh DS Hishamuddin semasa menjawat Menteri Pelajaran (Pembelajaran dan
Pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris), kemudian
menerajui Kementerian Dalam Negeri (berhadapan dengan isu Bersih1,2,3 dan
HINDRAF) sebelum memangku Menteri Pengangkutan.
Di dalam kapasiti terkini (Pemangku Menteri Pengangkutan) penulis
mengenalpasti cabaran berat DS Hishamuddin di dalam isu AES. Dimaklumkan
Kerajaan akan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES ini daripada pihak
swasta, atas nasihat Peguam Negara.
AES ini telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat hasil putar
belit parti pembangkang. Atas sebab sebab di atas, AES dikaji semula
perlaksanaan. Yang penulis kuatiri ialah keputusan yang bakal dibuat, tidak
dipersetujui oleh banyak pihak.
Belum selesai kes AES, nahas bas jatuh gaung dan melibatkan 37 orang
kematian dan 16 orang cedera, menghantui pemikiran DS Hishamuddin dan
Kementeriannya. Takziah kepada semua ahli keluarga yang terbunuh. Selain PDRM
(KDN) Kementerian Pengangkutan terlibat secara langsung.
Dua hari yang lalu, seorang anggota Malbat 5 teah terbunuh di dalam sebuah kemalangan di Lubnan manakala 2 rakan Allahyarham turut cedera.
Sesungguhnya penulis sempati dengan DS Hishamuddin. Ibarat bencana senantiasa mengekori DS
Hishamuddin. Setiap kementerian yang beliau terajui ada sahaja
permasalahannya. Penulis cadangkan DS
Hishamuddin dan kementeriannya mengadakan majlis doa selamat dan tolak bala agar ALLAH
memelihara beliau dan Kementeriannya. Juga menjauhkan musibat.
Siapapun kita, peranan kita adalah untuk menyelesaikan masalah!!
ReplyDeleteHadapi masalah, jgn lari dari masalah.
Wama arsalnaka illa rahmatan lilAAalameena.