Thursday 15 August 2013

KALAU RINDUKAN PENTADBIRAN DAN KERJA TUN Dr MAHATHIR, PANDANGLAH KEDAH.

POLISI TUN Dr MAHATHIR MENYEGAR DI KEDAH. KALAU RINDUKAN PENTADBIRAN DAN KERJA TUN Dr MAHATHIR, PANDANGLAH KEDAH.


Hari ini genap 100 hari Datuk Mukhriz Tun Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah Darul Aman.Tahniah diucapkan kepada beliau dan Kerajaan Kedah.

Salah satu ikrar beliau ialah beliau tidak akan mempertimbangkan dan meluluskan projek ekonomi kepada keluarganya. Ramai juga yang meminta beliau memanjangkan larangan kepada EXCO dan ADUN dan keluarganya.

Penulis berpendapat ia adalah suatu tindakan yang baik kepada imej beliau, Kerajaan dan UMNO serta BN.

Penulis harap setiap MB dan KM di negeri BN memerintah, mencontohi pendirian Datuk Mukhriz ini.

Projek ekonomi meliputi kontrak pembangunan, penswastaan perkhidmatan kerajaan, tender pembekalan produk dan servis, pemajakan tanah untuk projek seperti hotel, restoran dll.


Pengumuman dan polisi sebaik ini mengembirakan Tun Dr Mahathir dan ahli UMNO.Ia memungkinkan jika Datuk Mukhriz bertanding Naib Presiden, kebarangkalian untuk mendapat slot 1,2 atau 3 amat cerah. 

No comments:

Post a Comment