Syawal ke 3 pun sibok buat penulis. Jam 9 pagi hantar
isteri mengurut pinggang belakang kerana terseliuh urat. Mengurut dengan Tabib
Cina di Bukit Cina.
Jam 1 tengahari, bersama anak ke Majlis Sambutan Hari Raya
anjuran YB Hj Sazali Muhd Din di Komplek Komuniti Sukan, Stadium Hang Jebat.
Alhamdulilah ramai yang datang berjamu selera dan bersemangat raya. Penulis
datang dengan anak untuk menghormati dan memberikan sokongan kepada YB Hj
Sasali. Bukan hendak minta kawasan kayu balak mahupun projek. Penulis hendakkan
projek beliau memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyatnya, agamanya,
negaranya dan partinya. YB Hj Sazali teruskan stail politik mesra rakyat dan
rajin yang sedang di amalkan.
Sesampai di Majlis, kelihatan Ketua Menteri Melaka sedang
diraikan oleh YB Hj Sasali dan pembesar lain. Kelihatan riang ria dan rancak
berbual. Mungkin bercerita tentang pertandingan UMNO, ancaman pembangkang,
persiapan Rumah Terbuka Aidil Fitri dan kelab gergasi Barcelona.
Lauk pauknya sederhana yang tiada pembaziran. Lokasi Majlis
juga tidak menggangu lalulintas. Tetamu yang datang ada buah tangan dan anak
anak yang bernasib baik mendapat `duit raya’
Ada beberapa individu yang dipertonjolkan oleh TV1 dan
Melaka Hari Ini iaitu ahli sukan/politikus Tan Ching Yang dan Politikus Saudara
Hj Isnin bin Aman. Mana mana majlis yang melibatkan Ketua Menteri, ada aje muka
individu ini. Ada di sana kerana bertugas atau memberi sokongan kepada
pembesar, itu ok. Jangan minta jurukamera atau jurufoto ambil gambar kita. Ada
apa apa ke? Penulis takut, individu seperti ini akan dilihat sebagai kawan
rapat KM Melaka dan menjadi orang perantaraan atau broker. Jikalau hendak naik
dalam politik, kerja kuat kuat dengan penuh ikhlas bukan ada udang di sebalik
batu. Kalau hendak projek atau ingin menjadi orang tengah untuk projek ahli
perniagaan, tolong hentikan.Tektik itu sudah lampuk. Akhbar Melaka Hari Ini, asyik keluar cerita Tan Ching Yang dan MBFA. Macam ada syer besar dalam Melaka Hari Ini. Bosan membacanya.
Penulis harap tiada `budak tingkat 4’ atau `penasihat Omar
Mustapha Ong’ di dalam pentadbiran Melaka. Rakyat Melaka dan Malaysia benci
dengan keadaan ini.
(Terkini-Malaysia tewas 1-3 dengan Barcelona)
No comments:
Post a Comment