Penulis akan berhariraya di Johor dan Melaka tahun ini.
Kebiasaannya penulis akan menghadiri Rumah Terbuka pembesar negeri selepas berkunjung rumah ibu bapa dan saudara terdekat.
Penulis ingin memerhatikan kemeriahkan sambutan hari raya tahun ini kerana ingin melihat gelagat kaum Cina. Mereka secara terang dan nyata menolak BN semasa PRU13 yang lalu. Penulis meramalkan pengundi dan penyokong DAP akan merasa malu untuk berkunjung ke rumah terbuka pemimpin BN. Mereka akan pergi ke rumah terbuka pemimpin mereka (PAS, PKR dan DAP) yang beragama Islam. Penulis tidak yakin mereka akan berpusu pusu beratur menikmati makanan free seperti mereka beratur semasa PRU13 yang lalu.
Penulis membuat ketetapan tidak akan mengunjungi rumah atau majlis terbuka Gong Xi Fa Chai melainkan sahabat karib dan kekawan MCA dan Gerakan.
No comments:
Post a Comment