Monday 5 August 2013

CCTV MEMBANTU MENYELESAIKAN KES JENAYAH



Penembak mati pengasas Arab Malaysian Bank telah dikenalpasti dan sedang di dalam buruan PDRM.Ini hasil daripada kecanggihan CCTV.Penulis tidak pasti hendak ucapkan TAHNIAH kepada PDRM atau Kerajaan Tempatan. Jabatan mana yang memasang CCTV diI Malaysia ini?.Penulis tidak pasti adakah di dibawah Kerajaan Tempatan?PDRM?DBKL? Confuse sikit.

Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Halimah Saddiq memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebanyak 1700 CCTV telah dipasang di tempat tempat.sebab Datuk Halimah Saddiq yang menjawab soalan mengenai CCTV dan bukannya KDN.


Pada penulis, CCTV sepatutnya berperanan untuk menghindar atau mencegah jenayah.Apa yang berlaku sekarang ia sebagai merekod sesuatu peristiwa jenayah dan kemudian digunakan di dalam Mahkamah. Kesimpulannya, selepas kematian seseorang, CCTV berperanan. Let’s us work the other way.

Rakyat perlu diberitahu atau dididik supaya jika kita hendak berurusan, biarlah di dalam bangunan yang berCCTV.Negara mesti dihebohkan dengan pemasangan CCTV yang meluas agar penjenayah pun takut.

Banyak diperkatakan, kadar jenayah kian meningkat kerana salah satu sebabnya ialah pemansuhan Akta EO. Tetapi Presiden MCA kata Akta EO tidak menyelesaikan jenayah. Pada hakikatnyaia membantu sedikit sebanyak.


Usaha bersepadu mesti dijalankan untuk membenteras jenayah.Kerajaan dan rakyat mesti bekerjasama.Rakyat juga mesti berperanan sebagai mata dan teliga PDRM.Kerajaan perlu menguatkusakan Akta dan memperbaiki Akta jika perlu. Semua agensi penguatkuasaan perlu berkerja keras membendong kemasukan senjata api yang apa bentuk sekali pun (juga dadah dan barangan terlarang) dan kemasukan penembak upahan dari negara jiran.

No comments:

Post a Comment