DIFFERENT MANAGEMENT STYLE BUT SAME MISSION
Datuk Wira Ir Idris Haron,
Ramai yang membaca `statement’ mengenai pengurusan berlainan tetapi
misi adalah sama. Ini tentu sekali mengenai perbandingan stail pengurusan Datuk
Seri Mohd Ali dengan Datuk Wira Ir Idris Haron menguruskan Melaka.
Ada yang suka ada yang tidak suka. Ada yang terbiasa dengan kehadiran
dan kelibat Datuk Seri Mohd Ali di merata tempat tidak kira siang atau malam,
di pejabat mahupun majlis perkahwinan dan kematian. Pada mereka, kampong halaman
mereka senantiasa bersih, terbela dan selamat. Pegawai Kerajaan dan kontraktor
potong rumput (sebagai contohnya) akan memastikan rumput dipotong mengikut jadual dan mengikut
standard. Jika tidak, KM yang kuat berjalan akan menegur pegawai yang malas
tersebut. Penduduk kampong yang ada masalah akan menunggukan kedatangan Datuk
Seri Ali ke kampong atau perumahan mereka dan disalorkan masalahnya secara
peribadi.
Bagaimana Datuk Wira Ir ingin memastikan pemotongan rumput tadi
(contoh yang kecil) berjalan lancar? Tentu sekali, KM akan bergantung laporan
daripada pegawainya dan JKKK. Biasanya apabila maklumat tidak diperolehi secara
`first tangan’, ia kurang tepat. Keseriousannya boleh dikurangkan.
Implikasinya pegawai Kerajaan Melaka akan leka, malas dan kerja
bertanggoh. Pelbagai alasan yang akan diberikan.
Seperkara lagi, pengukuhan sokongan rakyat terhadap UMNO menjadi lebih
senang apabila pemimpinnya suka turun padang dan bertemu rakyat. Rakyat rasa
mereka dekat di hati pemimpinnya. Menjadi KM memang sibok dengan pentadbiran.
Penuh dengan mesyuarat dan tindakan berbangkit. Jikalau Datuk Wira Ir sudah
sibok di pejabat, ada masa ke bertemu rakyat? Sebab itu Datuk Seri Mohd Ali
bekerja bertemu rakyat diluar waktu pejabat sehingga dini hari dan hari tidak
bekerja. Penulis belum dengar Datuk Wira Ir merayau malam dan `merempit’ di
jalanan.
Bagaimanapun, penulis rasa ia terlalu awal untuk memberikan komen
mengenai keberkesanan stail pengurusan Datuk Wira Ir. Berilah beliau masa
setahun kerana di dalam tempoh tersebut, kita boleh menilai mutu perkhidmatan
pegawainya, jumlah pungutan hasildan cukai, jumlah kedatangan pelancung, jumlah
`complain’ yang diterima, keuntungan syarikat GLC negeri dan banyak lagi
indikator.
Dari segi parti UMNO/BN, atas motivasi dan arahan Datuk Wira Ir,
berapa ahli baru yang didaftarkan? Penulis harap pembantu pembantu dan pegawai
pegawai khas kena tolong mencari ahli baru. Cukup cukuplah makan gaji buta.
Ingat! Walaupun dibayar gaji menerajui sebuah GLC dan jabatan atau Tabung,
mereka ada tugas politik yang `tahu sama tahu’ untuk dilaksanakan. Tanpa
politik tuan puan tidak boleh diangkat ke tempat atau jawatan sekarang.
No comments:
Post a Comment