PERTANDINGAN NAIB PRESIDEN KIAN SENGIT.
Tan Sri Isa Samad baru sahaja mengumumkan untuk bertanding jawatan
Naib Presiden. Beliau ingin membantu parti kerana beliau ada sedikit pengalaman
dan kepakaran. Selain itu, beliau pernah menduduki slot pertama kerusi Naib
Presiden mengalahkan DS Mohd Ali Rustam dan TS Muhyiddin. Akibat `kesalahan
politik wang’, Tan Sri Muhyiddin diistihar menang.
Tan Sri Isa seorang yang popular di kalangan ahli UMNO FELDA. Warga FELDA banyak menerima kemudahan
dan imbuhan dari FELDA dengan restu PM. Jika ramai ahli UMNO FELDA yang akan
terlibat di dalam pemilihan UMNO ini, kemungkinan beliau boleh memberikan
tentangan yang hebat.
Seperti sedia maklum, DS Zahid, DS Shafie Afdal dan DS Hishamuddin
akan mempertahankan jawatan mereka. Ramai yang menjangka DS Mohd Ali dan DS
Musa Aman akan mencuba nasib kali ini. Datuk Mustapha Mohamed setakat ini agak
malu untuk bertanding, mungkin, untuk mengelakkan perpecahan atau dilihat
sebagai gila kuasa.
Penulis sarankan Datuk Mukhriz pun bertanding pada pemilihan ini,
lebih lebih lagi, Tun Dr Mahathir masih sihat dan berpengaruh. Jika beliau
bertanding jawatan Naib Presiden, walaupun kurang berpengalaman, penulis hampir
pasti ahli UMNO akan memilih `bayangan Tun Dr Mahathir’ menganggotai barisan
Naib Presiden. Penulis rasa itu lah pecaturanya.
Tren pemimpin politik Malaysia adalah anak anak pemimpin menjejaki
langkah ibubapa mereka. Allahyarham Tun Razak telah melatih DS Najib. Begitu
juga Allahyarham Tun Hussein Onn terhadap DS Hishamuddin. Dan yang akhirnya
Datuk Mukhriz merupakan anak kepada negarawan, Tun Dr Mahathir. Parti DAP
terkenal dengan dinasti Lim dan Karpal manakala PKR menonjolkan keluarga DS
Anwar Ibrahim. PAS pun sama dengan kemunculan anak Nik Aziz dan Yusof Rawa.
Cabaran kali ini lebih hebat kerana pemilihan melibatkan lebih kurang
150,000 ahli UMNO. Calon calonnya mesti betul betul mesra rakyat, pandai,
bersih dan popular semasa menjawat jawatan Menteri atau Timbalan Menteri.
Pada peringkat ini, penulis sukar meramalkan siapakah yang akan
terpilih. Penulis merasa akan ada barisan atau gandingan baru Naib Presiden
UMNO. Ramalan penulis berdasarkan hanya
melihat gelagat ahli UMNO di luar, tren penulis blog blog yang kelazimannya
meneliti faktor persekitaran dan gelagat ahli UMNO di Parlimen, di dada akhbar,
perdebatan jika ada, polisi yang diperkenalkan dan bagaimana ia menyelesaikan
masalah.
No comments:
Post a Comment