Sunday 25 August 2013

MB JOHOR DAN PERAK TIDAK BERTANDING MT. KM MELAKA NAK BERTANDING KE?

MB JOHOR DAN PERAK TIDAK BERTANDING MT. KM MELAKA NAK BERTANDING KE?


Ramai juga ahli UMNO memuji tindakan MB Johor dan Perak yang menyatakan hasrat untuk tidak bertanding di dalam pemilihan UMNO kali ini. Mereka ingin memberikan perhatian penuh kepada pentadbiran negeri.

Memang patut le mereka berbuat demikian kerana negeri mereka besar dan banyak perkara yang perlu di uruskan.

Persoalannya, adakan dengan tidak menjadi MT, ia menutup haluan atau laluan ke peringkat atasan seperti Naib Presiden atau Timbalan Presidendan Presiden? Penulis rasa tidak kerana jika seseorang itu `genius’ dan ada `luck’, mereka boleh bertanding peringkat tinggi juga. Kerusi MB/KM membolehkan mereka berinteraksi dengan semua ahli di negeri lain.


Melaka negeri yang kecil seperti Negeri Sembilan. Mungkinkah KM Melaka mengikut jejak MB Negeri Sembilan bertanding ahli MT.? Hanya beliau yang boleh menjawabnya kerana ia akan melibatkan kesihatan badan, kelapangan masa dan kepakaran sedia ada.

No comments:

Post a Comment