Wednesday, 14 August 2013

BIAR NAMA KECINAAN TETAPI AKTIVITI MASYARAKATNYA KEMALAYSIAAN. CHENG MELAKA BERKEMBANG PESAT.

BIAR NAMA KECINAAN TETAPI AKTIVITI MASYARAKATNYA KEMALAYSIAAN. CHENG MELAKA BERKEMBANG PESAT.


Seperti yang orang ramai sedia maklum, Cheng sedang pesat membangun.Jikalau dahulu tiada sebuah bank pun beroperasi di Cheng,tetapi sekarang sudah ada MAYBANK, CIMB, ALLIANCE BANK, BANK MUAMALAT, BSN, AM BANK dan HSBC.TESCO juga sudah beroperasi di Cheng.

Pembangunan ekonomi sebegini baik untuk penduduk Cheng.Penduduk Cheng boleh mendapat perkhidmatan dan produk dengan mudah.Nilai hartanah bertambah.


Di Cheng, bangunan kawasan ALLIANCE BANK telah mempunyai sebuah Kopitiam Cina. Ia dilengkapi dengan screen besar. Semasa pembukaan, mereka mengadakan pentas karaoke dengan penyanyi muda berseluar pendek menyanyi.Kaum Cina memang suka makan sambil berhibur dan menyanyi. Penulis hampir pasti hanya kaum Cina yang akan makan minum di Kopitiam ini kerana besar kemungkinan makanannya tidak halal. Minuman keras mungkin disajikan juga.Penulis harap pengusaha Kopitiam FAHAM sensiviti penduduk Islam.Pakaian dan tahap `noise’ nyanyian karaoke itu dipantau.

Kesesakan lalulintas dan parking tidak menjadimasalah kepada penulis kerana itulah reaksi pembangunan.Tetapi yang mustahak kebersihan perlu dijaga, ketidak sensitif an atau menghormati agama Islam dan adat melayu, penulis tidak boleh menerimanya.


Pernah berlaku dimana restoren Cina deratan kedai 7elevan dan Pejabat Pos serta berhadapan dengan Komplek Jeperun Paya Rumput, memasak babi di belakang restoran secara terbuka. Apabila kita melalui jalan tersebut akan terhidu bau busuk. Apabila Taukeh Kuching dan kekawan Cina yang lain mengadakan function, penuh kereta sehingga menyesakkan lalulintas. Bau busuk dan memasak secara terbuka ini perlu di elakkan.

No comments:

Post a Comment