Semalam penulis ke Hospital
Serdang dan Kg Baru. Atas sebab `convenience’, penulis adakan meeting dan
berbuka puasa di Terminal Bas Sepadu (TBS) di Bandar Tasik Selatan.
Penulis dan anak sampai di TBS
jam 6.30 petang. Lama juga tidak ke TBS, sebuah bangunan kemudahan yang terbaik
dan cantik. Malaysia sepatutnya ada bangunan kemudahan seumpama. Kebersihan di
ruang lebar terserlah dan begitu juga di letak kereta. Kemudahan wifi percuma
walaupun lemah.
Sekitar jam 7 malan, penulis dan
anak bergeges ke kaunter makanan. Penulis makan ayam seketul, separuh telor
masin dan sayur peria manakala anak memesan ayam seketul dan 2 ketul hati ayam
kicap. Air Nes ice dan Teh Tarik. Penulis terperanjat dengan bil yang mencecah
RM25.80. Berdasarkan menu tersebut dan lokasi, penulis klassifikasikan makanan tersebut
di Nasi Kandar TBS adalah yang TERMAHAL DI DUNIA.
Nampak gayanya Restoran ini
tidak mengamalkan dan menyertai Menu Rakyat 1 Malaysia. Signboard Menu Rakyat 1
Malaysia tidak dipamerkan di pintu masuk restoran. Penulis tertanya tanya
adakan konsep Menu Rakyat 1 Malaysia sudah dimansuhkan?.
Pada penulis, di TBS lah segala
produk 1 Malaysia mesti diperkenalkan kerana di sinilah majoriti rakyat
Malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah berurusan. Jika mereka ini
kaya raya atau berkereta, mereka tidak menggunakan dan berada di kemudahan TBS.
Mereka berada di KLIA atau LCCT atau berada terus di Lebuhraya.
Penulis tidak pasti dengan kadar
sewa lot Nasi Kandar TBS ini. Kemungkinan Tan Sri Abu J dan pengurusan ini
mengenakan kadar sewa yang tinggi terhadap Nasi Kandar TBS ini. Apabila sewa
tinggi, harga makanan pun kena tinggi. Mungkin ruang sewa itu terlalu besar dan
beroperasi 24jam yang memaksa mereka mengenakan kos makanan yang tinggi.
Tan Sri Abu J.
Sebagai salah seorang produk DEB, penulis merayu Tan
Sri ambil perhatian dan jika perlu, tukar
operator sedia ada.Bantulah Kerajaan untuk membantu rakyat massa.
Kepada pengguna TBS, jangan
membabi buta memesan makanan di sana. Tinjau dan tanya harga terlebih dahulu.
Bagi penulis, tambang ke Melaka hanya RM9 sehala melalui DELIMA, adalah lebih
murah daripada makanan di Nasi Kandar TBS. Pengguna boleh meninjau di food
court TBS yang di berada di paras yang sama
SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN
kaki semelih memang sentiasa carik peluang. lain kali jgn mudah sgt hulur tengkok utk disemelih. baik tanya dulu. pihak pengurusan TBS, tolong tinjau sama. kalau pengendali kiosk @ stall @ premis makanan memang kaki cekik, tukarkan je. atau kalau sewa oleh tbs yg melampau, tukarkan pegawai yg buat peraturan tersebut.
ReplyDelete