Wednesday 7 August 2013

ALLAHYARHAM HUSSEIN AHMAD NAJADI. APA YANG TERJADI?



Penulis sedih dengan insiden pembunuhan pengasas Arab Malaysian Development Bank. Penulis difahamkan beliau seorang yang baik hati dan membantu menyediakan bon USD4juta ketika Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hendak di tubuhkan dahulu.

Allahyarham Hussein seorang Islam keturunan Iran, di tembak mati pada jarak dekat. Penembaknya telah dikenalpasti dengan bantuan CCTV dan beberapa saksi termasuk pemandu teksi dan pemegang amanah Tokong. Beberapa tangkapan telah dilakukan oleh PDRM. Anak beliau berada di Rusia memberi maklumat dari jauh sahaja kerana takut dengan keselamatan beliau di Malaysia. Keluarga Allahyarham ada musuh ke?

Yang penulis kesalkan sangat ialah mengapa Allahyarham berjumpa atau bermesyuarat di Tokong Cina di dalam bulan Ramadan. Difahamkan ia mengenai penjualan tanah Tokong Cina oleh pemegang amanah Tokong. Allahyarham hendak membelinya atau menjadi orang tengah? Sebagai seorang Islam, kita tidak dapat keberkatan berada di dalam sebuah Tokong.

Isteri Allahyarham diberitakan seorang bangsa Cina. Penulis berdoa isteri beliau seorang Islam kerana statusnya tidak dilaporkan oleh berita perdana. Jangan sesekali seorang Islam berkahwin dengan pasangannya yang bukan beragama Islam. Banyak perkara seumpamanya berlaku di Indonesia dan India khasnya.

Ya Allah Kau lindongilah kami daripada kecelakaan dan matikanlah kami dan keluarga kami di dalam ISLAM.

No comments:

Post a Comment