Friday 2 August 2013

APA DIA KE`STRATEGIK’AN MALINDO AIR KEPADA MALAYSIA?



Malindo Air adalah syarikat penerbangan terbaru di rantau ini. Ia adalah usaha diantara Nadi (National Aerospace and Defence Industries) dari Malaysia (51 peratus) dengan PT Lion Group (49 peratus), salah sebuah syarikat penerbanganan terbesar dari Indonesia.

Kewujudan Malindo Air adalah hasil daripada `business opportunity’ kepesatan perkembangan syarikat penerbangan tambang murah di Malaysia dan rantau Asia.

Selain itu, ia juga hasil tindak tanduk Air Asia yang bermusuhan dengan MAHB, salah sebuah syarikat GLC Malaysia. Air Asia sering mengugut dan memberikan signal yang mungkin mereka guna KLIA2 atau sebaliknya.Ketidaktentuan ini membuat Kerajaan meluluskan sebuah lagi syarikat penerbangan di Malaysia.

Malindo Air adalah satu usahasama contoh yang strategik.Ia diasaskan kepada kepakaran kedua pihak. PT Lion Group adalah pakar di dalam bidang pengurusan penerbangan manakala NADI berkepakaran di dalam bidang MRO (maintenance, repair and overhaul) kapal terbang.

NADI melalui Airod menghulurkan kepakaran membaikpulih dan `maintenance’ kapal terbang. Mengikut rekod industri penerbangan PT Lion Group , mempunyai sejarah `maintenance’ yang buruk sehinggakan PT Lion Group dilarang beroperasi di EU. PT Lion Group berharapkan melalui NADI, skeptisma buruk penerbangan Lion akan terhakis. Airod diberikan kontrak MRO kesemua `fleet of aircraft’ PT Lioan Group di Indonesia dan Malindo Air di Malaysia.  Air Asia diberitakan memberikan kontrak MRO syarikat berpengkalan di Singapura.

Malindo Airlines berkembang pantas mengikuti AirAsia.Destinasi penerbangan telah di tambang diperingkat domestik dan antarabangsa.Potensinya besar kerana sokongan Kerajaan Malaysia.


Untuk mencapai kejayaan berterusan, Malindo Air memperkenalkan slogan `Not just low cost’ di dalam perkhidmatannya. Malindo Air memberikan makanan dan minuman ringan percuma serta memberikan lebih keselesaan kepada penumpang ( saiz kerusi 31” dan jumlah kerusi di kurangkan kepada 150 kerusi daripada kelaziman 180 kerusi). CEO PT Lion, Rusdi  Kirana telah memberi jaminan bahawa harga tambang adalah sama atau lebih rendah daripada pesaingnya.


Cabaran terbesar ialah mengatasi masalah rekod keselematan yang buruk oleh PT Lion.Tahun 2011 yang lalu, PT Lion dikenakan arahan untuk memberhentikan 13 buah kapal terbangnya atas dasar `bad on-time performance (OTP) selain tidak boleh beropersai di EU.

Ucapan terima kasih kepada http/maktubat.wordpress.com diatas sebahagian sumber maklumat.



No comments:

Post a Comment