BERNAMA memberitakan bahawa Kerajaan akan menjadikan pembangunan Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan sebagai panduan membangunkan Terminal di Gombak dan Sungai Buluh. Adakah Tan Sri Abu J dari MAJU HOLDINGS terlibat didalam pembangunan tersebut? Ada kah beliau diberikan projek `penswastaan’ atau kontrak pembangunan tersebut? Penulis harap ia dilaksanakan dengan tulus dan mengikut prosedur kewangan yang `prudent’.
Penulis amat bersetuju dengan hasrat Kerajaan itu kerana konsep pembangunannya cukup bersepadu. Selain daripada dihubungi bas ekpress haluan selatan, TBS ini boleh dihubungi oleh Bas Bandar/RAPID, Teksi, MRT, Komputer dan KLIA Ekspress. Bas bas diuruskan secara sistematik. Ada tempat letak bas, tempat rehat dan kantin pemandu ekpress, ruang legar yang cantik dan besar serta nyaman, papan notis yang besar dan terang, pembelian tiket berkomputer, pekerja yang ramai, ruang niaga yang mencukupi, kemudahan letak kereta dan beroperasi 24 jam. Perkara yang baik itu dibuat panduan.
Seperti yang penulis tuliskan beberapa hari yang lalu, makanan nasi campur musim Ramadan NASI KANDAR TBS adalah yang termahal di dunia. Penulis katakan demikian kerana pengalaman sendiri ketika berbuka puasa di sana tempohari. Penulis biasa juga makan di Restoran Mamak tetapi tidak semahal itu. Ada kemungkinan juruwang Nasi Kandar TBS cuba menipu pelanggannya.
Penulis ralat sedikit kerana restoran ini tidak menyertai program Menu Rakyat 1 Malaysia dimana harga amat berpatutan dan `affordable’. Ini adalah kerana majoriti penguna TBS adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Di sinilah sepatutnya produk produk 1 Malaysia di applikasikan.
Mungkin Nasi Kandar TBS ingin menyertai seruan Kerajaan di dalam program Menu 1 Malaysia, tetapi bebanan sewa ruang niaga yang membataskan hasratnya. Yang demikian, kedua dua pihak kena dahulukan rakyat dan anggaplah pelaburan Terminal dan Restoran adalah pelaburan jangka panjang.
Jesteru itu, jika Terminal Pengangkutan Gombak dan Sungai Buloh, perkara `over pricing’ ini mesti dielakkan. `Selection of vendor’ pun kena tepat dengan aspirasi kerajaan dan mana mana vendor yang tidak berkemampuan memberikan perkhidmatan dan menawarkan harga yang berpatutan, perlu digugurkan.
No comments:
Post a Comment