Semalan 22hb Ogos, Mahkamah Rayuan memutuskan menolak permohonan Gereja
Roman Katolik untuk membatalkan permohonan Kerajaan Malaysia dan Majlis Agama
Islam berhubung dengan kebenaran menggunakan kalimah ALLAH di akhbar mingguan mereka
THE HERALD.
Seperti yang dimaklumi, pendirian rasmi parti pembangkang DAP, PKR dan
PAS membenarkan penggunaan Kalimah ALLAH untuk penganut agama lain. UMNO dan Kerajaan
menentang keras penggunaan Kalimah ALLAH oleh agama lain. Pelbagai alasan dan
dalil dan situasi diberikan untuk menegakkan benang yang basah.
Kerajaan Malaysia dan umat Islam yang perihatin bagaimanapun, perlu
terus berdoa, kerana 10 September 2013, hujahan lanjutan akan diadakan. Berita
fasa pertama mengundang kerisauan pihak pembangkang kerana gagal memperjuangkan
Kalimah ALLAH untuk semua agama. Umat Islam yang perihatin faham bahayanya jika
Kalimah ALLAH digunakan di dalam kitab Bible berbahasa Melayu. Orang politik
pembangkang melakukannya untuk kepentingan politik mereka.
Sebentar tadi, 23hb Ogos 2013, Mahkamah Rayuan melepaskan dan
membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sairul Azhar Umar daripada
tuduhan membunuh Altantuya Shaaribu.
Semua orang tahu, pembangkang khasnya DS Anwar Ibrahim telah mengaitkan
mendiang Altantuya mempunyai perhubungan secara langsung atau tidak langsung
dengan DS Najib dan Razak Baginda. Macam macam cerita termasuklah mendiang adalah jurubahasa dan orang tengah
pembelian kapal selam Perancis. Gambar mendiang di`edit’ bersama makan atau
minum bersama Ds Najib dan Razak Baginda. Mendiang datang ke Malaysia kerana
bayaran komisen tertunggak oleh Razak Baginda. Ada cerita mengatakan DS Rosmah
Mansor berada di tapak pembunuhan dan mengarahkan pembunuhan.
Dari hari ke sehari, semua cerita di atas adalah FITNAH semata mata
semakin terserlah. Sebelum ini, juru
perunding pembelian kapal selam, Mr Jasbir Singh Charld telah membuat
pendedahan terbuka mengenai kes tersebut. Atas keegoan politik, DS Anwar
Ibrahim dan gengnya masih belum memohon maaf dengan DS Najib Razak. Berat dosa
itu.
No comments:
Post a Comment