HELO
DATUK SERI S SUBRAMANIAM.. Dr KARTINI KLINIK DERMATOGI HOSPITAL SERDANG SEORANG
DOKTOR PALING TIDAK BERTIMBANGRASA.
Penulis ingin menarik perhatian DS S. Subramaniam, Menteri
Kesihatan dan seorang pakar kulit dan pernah
meliliki (mungkin masih) Klinik Kulit Subra di Jalan Ong Kee Wee, Melaka.
Abang penulis menghadapi penyakit psorasis dan telah
mendapat rawatan pakar di Hospital Melaka buat pertama kali pada 10 Jun 2000.
Oleh kerana kurang efektif, abang penulis berhenti sementara menemui Pakar.
Apabila ekonomi Abang penulis tidak mengizinkan, abang kembali ke Hospital
Melaka pada 26 Nov 2012. Ubat ubatan masih tidak serasi.
Temujanji pada 9 April 2013, menghasilkan sedikit perubahan
apabila`scalp solution’ DAIVONEXdigunakan selama 1 bulan. Ubat tersebut habis
digunakan dan Abang penulis mempercepatkan temujanji daripada 30 Julai 2013
kepada 17 Julai 2013.
Malangnya, pada perjumpaan dengan Pakar pada 17 Julai 2013,
Abang penulis cuba mendapatkan ubat yang sama tetapi kehabisan stok. Diberitahu
kehabisan stok kerana Hospital Melaka tidak mahu memesannya kerana mahal dan
tiada bajet.Diberikan ubat alternatif dan penyakit tersebut menunjukkan
perkembangan negatif.
Pada 18 Julai 2013, Abang penulis ke Hospital Serdang dan
berbincang dengan Pakar Kardio. Abang penulis memang ada masalah jantung sumbat
dan memerlukan pembedahan pintasan sekarang atau akan datang. Akibat tempokan psorasis
di kaki, pembedahan pitasanditangguhkan. Pakar Kardio diberitahu masalah di
kaki, ditunjukkan kad rawatan Hospital
Melaka dan sampel botol ubatan yang kehabisan. Pakar Kardio setuju
membantu memasukkan `scalp solution’ sebagai tambahan daripada ubatan penyakit
jantung.
Sesampai di Day Satelite Farmacy, Farmasis memaklumkan
Pakar Kulit Hospital Serdang tidak membenarkan `issuance’ `scalp solution’
tersebut kerana tiada reference atau referral dari Hospital Melaka.Ubatan tersebut
ada di dalam simpanan Day Satelite Farmacy. Abang penulis balik Melaka aje
kehampaan.
Abang penulis balik ke Melaka untuk memo atau surat
referral daripada Pakar Kulit Melaka, Dr Koot/ Dr Wong). Abang penulis datang
sebelah pagi tetapi oleh kerana terlalu ramai pesakit dan Pakar pakar ada
mesyuarat, abang penulis di minta datang sessi petang. Kita faham.
Abang hadir sessi petang dan mendaftar jam 3 petang dan
membayar RM5. Berjumpa dengan Pakar Kulit jam 4.20petang dan mendapat rawatan
selama 10 minit termasuk surat referral.
Yang bagusnya Pakar Kulit Melaka ini, beliau menulis juga
`scalp solution’ walaupun abang penulis sedia maklum bahawa ubatan tersebut
telah kehabisan. Inilah servis yang diperluan oleh rakyat. Abang penulis berpuas
hati walaupun `scalp solution’ tidak ada bekalan. Bandingkan dengan layanan
dari Dr Kartini di Klinik Dermatogi di Hospital Serdang.
Beberapa hari kemudian, Abang penulis menaiki bas ke Kuala
Lumpur dan menaiki teksi dari R & R Serdang ke Hospital Serdang dan
dikenakan caj RM15. Sesampai di sana, Abang ke Pintu 5 Aras Satu, Klinik
Dermatogi. Bercakap dengan pendaftar di kaunter dan `explain’ keperluan abang
penulis. Kad Rawatan, Surat Referral, Kad Hospital Serdang dan sampel ubat
diserahkan pada pendaftar tersebut.
Dukacitanya Dr Kartini tidak seperti Pakar Kulit Melaka. Abang
penulis perlukan temujanji. Ubatan pun tidak boleh dibekalkan kerana DrKartini
tidak melihatnya. Pesakit tidak ramai dan Abang penulis pun boleh tunggu
giliran terakhir kerana tidak ada temujanji. Dr Kartini tidak menggunakan budi
bicara untuk menerima permintaan berjumpa atau meluluskan pembekalan ubatan
tersebut.
DrKartini tetap dengan pendirian beliau supaya perjumpaan
dengan beliau di buat di dalam masa 2 minggu ini atau selepas 2 minggu. Pada
penulis, tidak terluak jika Dr Kartini mengizinkan pertemuan dengan abang.
Adakah beliau terlalu sibok, malas berkerja lebih masa 10 minit maksimum (untuk
jumpa abang penulis) dan sombong?
Abang penulis dan penulis juga menjangkakan Dr Kartini seorang yang tidak lebih kurang.
Tidak sesuai langsung menjadi seorang doktor. Pemalas.
No comments:
Post a Comment