KAFA BERI DUIT RAYA RM600,000
Tahniah kepada pemain dan pengurusan KAFA kerana menerima duit raya berjumlah RM600,000. Inilah imbuhan di atas kerja keras pemain dan seluruh pengurusan KAFA menjuarai Piala FA dan yang lebih membanggakan ialah peningkatan mutu permainan Kelantan telah menarik ramai penonton ke Stadium.
Setiap pemain Kelantan berhari raya dengan RM30,000 tahun ini. Presiden KAFA menasihati para pemain supaya jangan boros dan simpanlah untuk masa hadapan. Pengorbanan ibubapa pemain Kelantan terbalas jua.
Bolasepak adalah satu perniagaan seperti slogan pertanian. Perlahan lahan Bolasepak di Malaysia menuju ke tahap professional ala Liga Inggeris.
Penulis melihat Johor DT di bawah Tuanku Mahkota Johor sudah mula meransang perkembangan bolasepak. Johor DT mengegarkan bolasepak negara dengan bayaran gaji yang terbaik dan tidak secara langsung menarik pasukan lain supaya berprestasi tinggi. Pada mulanya, banyak kontroversi seperti melanggari peraturan FAM tetapi setelah berpengalaman sedikit, Tuanku Mahkota Johor mula memahami bolasepak dan kerenahnya.
Persatuan Bolasepak Negeri Johor dan Tuanku Mahkota mungkin belum membuat keputusan memberikan duit raya kepada pemain nya. Penulis harap jikalau tiada duit raya yang banyak, `ampau’ pun ok dan yang mustahak bayaran gaji mesti `upto date’.
Banyak `economic spillover’ yang diperolehi daripada aktiviti bolasepak. Penajaan, pengangkutan, makanan dan minuman, peralatan sukan dan pakaian sukan, pengurusan Stadium dan penyelenggaraan dan `air time’. Dari segi politik, ia mengeratkan lagi perhubungan rakyat jelata. Di Kelantan, fahaman politik tidak wujud di padang dan Stadium.
Seperti yang penulis katakan, bolasepak adalah satu perniagaan. Lebih tepat ialah SUKAN ADALAH SATU PERNIAGAAN. Selain KAFA, Terengganu juga membayar insentif kepada para atlet sukan SUKMA bernilai RM757,000. Banyak tu. Atlet Badminton Datuk Lee Chong Wei, Atlet Renang Padalela dan Atlet Skuasy Datuk Nicol David merupakan atlet terkaya di Malaysia. Mereka berada di persada dunia dan mengharumkan negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment