Salam Kemerdekaan
Sekali lagi, Datuk Irmohizan Ibrahim menjadi pilihan DS Najib Tun
Razak untuk menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Sebenarnya Datuk Seri Noh Omar lebih sesuai dilantik ke jawatan
tersebut tetapi oleh kerana beliau pernah menjadi Menteri Pertanian &
Industri Asas Tani, ia akan menjadi
janggal sedikit. Dulu DS Noh menyelia LKIM, sekarang DS Noh kena menjawab
kepada DS Ismail Sabri atau diselia. Pengerusi LKIM dah sama taraf dengan
Pengerusi FAMA dan agensi lain dalam Kementerian Pertanian Industri Asas Tani.
Penulis risau sedikit dengan pengurusan masa Datuk Irmohizan kerana
beliau juga amat aktif dengan aktiviti belia dan IM4U.Dua bidang tugas yang
berlainan.IM4U biasanya anak muda manakala nelayan kebiasaannya orang
dewasa.Mungkin ada arahan untuk meremajakan para nelayan di seluruh negara.Atau
ada kemungkinan DS Najib lebih percaya kepada Datuk Irmohizan di dalam usaha
meperkukuhkan sokongan para nelayan terhadap UMNO/BN.
Penulis cadangkan Datuk Irmohizan bertanding sebagai Ahli Majlis
Tertinggi UMNO dan dengan sedikit `endorsement’ secara langsung dan tidak
langsung seperti perlantikan Pengerusi LKIM ini, daripada DS Najib Tun Razak
atau Pejabat Perdana Menteri, beliau akan mendapat salah satu slot Ahli Majlis
Tertinggi UMNO.Anak muda ini mungkin tidak perlu berenang di sungai (Pemuda)
lagi tetapi di lautan (MT UMNO).
Penulisan terdahulu mengenai `blue eye boy’ DS Najib Tun Razak adalah
seperti berikut:-
No comments:
Post a Comment