DATUK S SUBRAMANIAM TIDAK BERTANDING PRESIDEN MIC. KAMALANATHAN
BERPONTENSI MEMUNCUK
Salam Kemerdekaan
Diberita semalam, jawatan Presiden MIC dan Timbalan tidak
dipertandingkan dan kekal status quo. Jawatan Naib Presiden dan yang lain
mungkin ada pertandingan. Datuk
Seri G. Palanivel akan melepaskan jawatan Presiden pada tahun 2016 dan
Datuk S Subramaniam akan diangkat sebagai Presiden. Usaha kompromi ini amat
baik untuk mengelakkan perpecahan. Tahniah MIC.
Penulis ada menulis mengenai Dr Kartini, seorang pakar kulit Hospital
Serdang di facebook Menteri Kesihatan.Penulisannya adalah mengenai kesibokan
pada tahap melampau Dr Kartini dan ketegasan yang tidak bertempat mengikut
prosedur temujanji. Tetapi Menteri Kesihatan ini tidak respon walaupun dengan
jawaban `terima kasih’. Penulis berbuat demikian dengan harapan pengadu akan
dapat temujanji dengan segera (selepas 2 minggu).
Agaknya majoriti doktor di Malaysia ini memang sibok sehinggakan tiada
kesempatan langsung membaca atau membalas facebook atau emel mereka.Macamana
hendak menjadi Presiden MIC pada 2016 nanti kerana perkara sesimple ini pun
tidak mendapat perhatian.
Pengadu bergesa gesa mendapatkan surat sokongan dan laporan dari
Klinik Dermatoji Melaka ditujukan kepada Hospital Serdang dengan harapan
pengadu diberikan peluang dapat dibekalkan ubatan dengan serta merta. Doktor
pakar Dr Kartini kata kena bersemuka juga.Pengadu Melaka kecewa kerana Doktor
Pakar tidak sudi mahu berjumpa pada hari itu tetapi kena buat temujanji. Sejak
17hb Julai 2013, temujanji yang diberikan ialah bulan November (talian kurang
baik dan tidak pasti tarikh sebenar)
2 minggu selepas raya lebih kurang 18hb Ogos 2013, pengadu ada
menerima panggilan daripada Klinik Dermatologi Serdang.Tetapi talian kurang
baik dan terputus.Pengadu memanggil balik tetapi tidak dapat bercakap terus
dengan pemanggil. Pengadu meninggalkan nama dan no telefon. Sehingga hari ini,
tiada panggilan balik.Pengadu cadang pergi ke Hospital Serdang untuk
mendapatkan tarikh temujanji.
Dalam pada itu, penyakit kulit pengadu bertambah buruk tanpa ubatan
yang sesuai.
Inilah contoh kelemahan kakitangan Kerajaan. Tidak salah malah
mendapat pahala jika berkerja `extra’ beberapa minit atau satu panggilan semula
untuk kepastian.
Penulis harap dengan `mesej’ kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri
Ali Hamsa dan `publish’ di status Menteri kesihatan, perkara sebegini akan
berkurangan.
Berbalik kepada parti MIC, penulis merasakan jikalau YB Kalamanathan terus berprestasi baik begini dan tiada skandal di dalam perkhidmatannya, beliau berpotensi menjadi Presiden MIC suatu hari
No comments:
Post a Comment