DS Dr
Chua Soi Lek diberitakan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden MCA semasa
pemilihan MCA akhir tahun 2013 ini. Beliau berjanji akan melepaskan jawatan
secara terhormat ekoran kekalahan teruk MCA di dalam PRU13 yang lalu. Kaum Cina
lebih menyokong DAP daripada MCA atau Gerakan. Banyak sebabnya dan mungkin DAP
berjaya menpengaruhi kaum Cina hanya DAP yang boleh berjuang untuk kaum Cina.
Pada penulis pengundi Cina menghukum MCA dan Gerakan kerana kononnya MCA
Gerakan menjadi `budak suruhan’ UMNO buat sekian lama dan ia merugikan kaum
Cina.
Masyarakat
MCA sedang sibok berbicara siapa yang harus menerajui MCA selepas DS Dr Chua.
Setakat ini, nama seperti DS Liow Tiong Lai, DS Ong Tee Kiat dan Datuk Donald
Lim. Tidak diketahui samada mereka menawarkan diri ataupun masyarakat Cina yang
mencadangkan. Adalah lebih baik, majoriti masyarakat Cina MCA yang
mencadangkan.
Tugasan
Presiden MCA kali ini amat berat. Jika salah memilih orangnya, MCA akan menjadi
lebih parah dan mungkin MCA akan dibubarkan atau bergabung. Jumlah keahlian MCA
perlu dikekalkan dan bukan dibiarkan merosot. Menambah keahlian secara besar
besaran mungkin tidak akan berlaku. Semangat BN yang ada pada ahli MCA perlu
diperkasakan semula.Itu tugas utama Presiden MCA buat masa ini.Bukan untuk
menang PRU/PRK.
Ciri
ciri bersih, amanah, popular di kalangan masyarakat Cina Malaysia, tinggi tahap
kesihatan dan rajin adalah antara ciri kepimpinan yang dicari. Presiden MCA
mesti:-
- Mampu meyatupadukan ahli MCA.
- Mampu memulihkan imej MCA dikalangan masyarakat Cina
Malaysia.
- Mampu mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada
MCA.
- Mampu menjelajah seluruh negara menyuntik semangat
ahli MCA.
- Mampu berkerjasama dengan parti parti dalam BN dan PM.
- Mampu berinteraksi dengan golongan muda yang bersosial
media,
Pada
penulis, sesiapa yang secara nyata tidak mampu menjalankan tangongjawab di
atas, jauhilah hasrat untuk bertanding jawatan. Alangkah baik, ahli MCA
berpakat dan menyenarai pendek 2 nama dan buat pengundian atau buat pilihan.
Zaman ini bukan dilantik menjadi Presiden MCA, ia akan menjadi glamor atau
menguntungkan sepertimana menjadi calon PRU di kawasan majoriti Cina.
Lihat
keputusan PRK Kuala Besut pada 24 Julai yang lalu.Pengundi Cina yang tidak
beberapa kerat masih mengilai PAS dan pembangkang.Presiden baru MCA mesti
berusaha mengubah kegilaan pengundi Cina ini.
No comments:
Post a Comment