Thursday 29 August 2013

RUMAH TERBUKA PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR MERIAH. PM HADIR SAMBIL BERI AMANAT.

RUMAH TERBUKA PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR MERIAH. PM HADIR SAMBIL BERI AMANAT.


Salam Kemerdekaan

UMNO Selangor mengadakan rumah terbuka malam tadi di Instituit Kraf Negara, Rawang, Selangor. Datuk Suhaimi, Pengerusi Instituit tersebut dan ahli UMNO hadir menjamu selera dan mendengar amanat atau pesanan DS Najib Tun Razak.

Antara pesanan beliau ialah ahli UMNO perlu melupakan kekecewaan mereka di dalam PRU13 yang lalu. PM minta setiap ahli bangkit semula. Buat post mortem dengan sejujurnya.Apakah kesilapannya, kekhilafannya, kekasaran bahasanya? Yang mana salah strateginya, apa dia kelemahan dan kekuatan UMNO dan lain lain lagi.

Tan Sri Muhyiddin ada memberitahu yang UMNO/BN akan membuat post mortem terhadap keputusan PRU13 mulai bulan Julai. Pejabat UMNO/BN sudah habis menjalankan analisanya?

Sejujurnya, riak muka DS Najib sedih dan suram walaupun lebih kurang 10,000 orang menunggu ketibaan PM. Beliau kecewa kerana tidak berjaya merampas semula Selangor walaupun terlalu banyak kepincangan dan kelemahan di pihak Kerajaan PKR Selangor. Ini bermakna strategi yang lalu tidak membawa kejayaan atau mengubah sikap kaum Cina terhadap BN/UMNO.

Turut hadir ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar. 

Penulis tidak nampak pulak Datuk Mohd Zin atau Datuk Zin Badak.Kenapa kelibat beliau tidak kelihatan walhal beliau adalah Pengarah Pilihanraya BN/UMNO Selangor semasa PRU13 yang lalu? Adakah ia berkaitan dengan tuduhan seorang Ketua Pemuda UMNO Selangor yang beliau menerima jutaan wang ringgit daripada DS Anwar Ibrahim?. Penulis nak tahu juga apa kesudahan dengan tuduhan tersebut. Jika ada maklumat terkini, share lah di blog ini.


Selamat berjuang UMNO Selangor.Bersatulah.Buatlah kerja mulai esok.

No comments:

Post a Comment