Wednesday 14 August 2013

BUALAN TERHANGAT MUSIM RAYA-NAIB PRESIDEN UMNO.

BUALAN TERHANGAT MUSIM RAYA-NAIB PRESIDEN UMNO.

Penulis berhari raya di rumah kenalan politik dan topik bualan kami berkisar kepada pemilihan Naib Presiden UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO akan datang.

Melalui bualan kosong itu, penulis dapat simpulkan demikian:-

Akan ada pertandinagn sengit untuk jawatan Naib Presiden. Selain daripada Datuk Seri Zahid, Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Seri Shafie, beberapa nama lagi turut dicadangkan atau berhasrat bertanding.Antaranya Datuk Seri Musa Aman, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, D Mustapha Mohamed dan terakhir Datuk Mukhriz Mahathir.Tan Sri Isa sedang berfikir samada hendak turut serta atau tidak.
Jika diandaikan:-
Pertandingan Satu
DS Zahid, DS Hishamuddin, DS Shafie, DS Mohd Ali, DP Musa Aman, D Mustapha & D Mukhriz
Maka Pilihan Kami ialah:
Datuk Zahid, DS Mohd Ali, D Mustapha dan Datuk Mukhriz.

Pertandingan Dua
DS Zahid, DS Hishamuddin, DS Shafie, D Mustapha, DS Mohd Ali, DP Musa Aman
Maka Pilihan Kami ialah:-
DS Zahid, DS Shafie ATAU DP Musa, DS Mohd Ali atau D Mustapha

Ini bermakna ramai yang memilih DS Zahid dan menolak DS Hishamuddin serta memberi peluang kepada DS Mohd Ali, D Mustapha mahupun D Mukhriz..
Juga mengambarkan hanya seorang dari Sabah menjadi wakil iaitu DS Shafie atau DP Musa. Jika DS Mohd Ali, D Mustapha dan D Mukhriz bertanding (dan tentulah disebabkan bilangan ahli UMNO yang memilih), barisan Naib Presiden akan berubah.

DS Hishamuddin mempunyai masalah presepsi `lambat mengambil tindakan, lemah dan tidak berani membuat keputusan’. Seorang yang berlembut menampakkan kelemahannya.Semasa menjadi Menteri KDN, ramai yang mengeloh dengan tindak tanduknya. Johor mungkin tidak akan diwakili di peringkat Naib Presiden pada pemilihan kali ini.

D Mukhriz sedang naik bintangnya dengan bantuan atau tanpa bantuan bapanya.Beliau baru sahaja membuat pengumuman yang beliau memastikan keluarga beliau dan EXconya tidak terlibat di dalam projek Kerajaan Kedah.Pengumuman ini menaikkan imej dan rating politiknya.Polisi ini menjadi amalan Tun Dr Mahathir semasa menjadi PM dahulu.

Melainkan DS Hishamuddin melakukan sesuatu yang drastik, beliau tidak akan dinaikkan pangkat. DS Najib boleh membantu DS Hishamuddin di dalam Kabinet (seperti menukarkan beliau dari KDN kepada Kementerian Pertahanan) tetapi jika beliau tidak dipilih menjadi Naib Presiden, DS Najib terikat dengan pilihan ramai.

Ahli Politik Sabah semakin mencerah. Terbaru Datuk Azizah Mohd Dun mengumumkan akan bertanding Naib Ketua Wanita UMNO. Penulis meramalkan sekurang kurangnya 6 ahli politik Sabah akan berada di barisan atasan UMNO iaitu di peringkat Naib Presiden (1), ahli MT (3), Pemuda(1) dan Puteri(1). Sekarang politik Sabah berada di Naib Presiden (DS Shafie) dan MT (DP Musa dan D Bung Mokhtar Radin).D Lajim telah meninggalkan UMNO. Di peringkat Kabinet pun, ramai juga orang Sabah UMNO dilantik ke jawatan Menteri (DS Shafie &D Rahman Dahalan) dan Timbalan Menteri (D Rahim Bakri, D Rosnah, D Azizah).

Penulis amat berminat jika politik negara kita diwakili oleh semula negeri  dan tiada monopoli sesebuah negeri samada Johor, Pahang, Sabah mahupun Perak. Melaka pun sedang cuba memegang kerusi Ketua Puteri (YB Mas), Ketua Pemuda (mungkin DW Ir Idris) dan juga Naib Presiden (mungkin DS Mohd Ali). Implikasinya 3 orang di Pengurusan Atasan UMNO.

Seperkara lagi, penulis ingin melihat ahli UMNO yang tiada berjawatan di peringkat nasional, menonjolkan diri di MT. Majoriti ahli MT adalah ahli parlimen. Kurang daripada 3 orang adalah mereka yang tidak berjawatan Menteri atau Timbalan Menteri seperti Datuk Dr Norraesah dan Datuk Azian Osman dipilih menganggotai MT. Penulis menyeru setiap MB/KM mempromosi seorang atau dua Ahli DUN mereka untuk mewarnai pentas politik nasional.


No comments:

Post a Comment