KEPUTUSAN PETISYEN PARLIMEN BUKIT KATIL
DAN DUN BUKIT BARU DI KETAHUI 5 SEPTEMBER 2013.
Diberitakan bahawa keputusan petisyen keputusan PRU
13 untuk Parlimen Bukit Katil dan DUN Bukit Baru akan diketahui pada 5
September 2013 nanti.
Seperti dimaklumi, Parlimen Bukit Katil menyaksikan
kekalahan mantan KM Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Beliau kalah kepada
Ketua AMK PKR, Saudara Shamsul Iskandar
Pada amnya, BN mengemukakan 21petisyen manakala
Pakatan Rakyat mengemukakan 39 pitisyen. Bagi
Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen
manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun.
Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun.
Penulis mendapati kesemua keputusan oleh Mahkamah
Pilihanraya mengekalkan kemenangan yang diperolehi oleh parti berkenaan. Setakat
ini, Mahkamah menolak permohonan
petisyen (kecuali satu kerusi di Sabah) keputusan PRU disebabkan salah prosedur
membuat petisyen.
Adalah dirasakan badan kehakiman perlu mengadakan
kursus mengendalikan petisyen termasuklah kaedah mengisi borang. Penulis
percaya ia lebih praktikal kerana tidak
berlakunya pembaziran masa mahkamah dan kewangan parti.Penulis dan mungkin
rakyat ingin mendengar proses pengadilan.
Bagaimana penipuan dilakukan atau keadah pengiraan yang menyebabkan
kesalahan dan sebagainya.
Penulis mengambil contoh borang penamaan calon SPR
yang telah dimudahkan.Tiada lagi penolakan kertas percalonan yang di sebab
teknikal melainkan status muflis dan cukup umur.
Jesteru itu, besar kemungkinan Parlimen Bukit Katil
kekal milik PKR dan DUN Bukit Baru terus dimiliki PAS. BN akan dikenakan
bayaran kos mahkamah. DS Mohd Ali Rustam dan Ketua Pemuda Negeri akan terus berjuang untuk parti.
Mungkinkah ini (menunggu keputusan petisyen) faktor
sebenar mengapa Datuk Seri Mohd Ali Rustam belum dilantik ke mana mana GLC
mahupun Agensi Kerajaan.
No comments:
Post a Comment