.
Salam kemerdekaan
Kalau kita hendak melihat orang
kuat DAP, ramai yang ada d Pulau Pinang.
Kalau kita hendak melihat makmal
dadah yang banyak dan agak terbesar, di Pulau Pinang tempatnya.
Kalau penjenayah hendak mencari
kawan kawan, datanglah Pulau Pinang. Ada Geng 04 atau Geng 08. Cepat cepat
datang kerana ramai kawan kawan awak sudah kena tangkap di dalam Ops Cantas.Setakat
hari ini keseluruhan 2000 orang telah ditahan.
Kalau rakan penjenayah inginkan
bekalan senjata api, boleh bersiar siardan shopping ke Pulau Pinang. Itu pun
banyak yang sudah dirampas.
Tahniah kepada PDRM di atas
ketangkasan dan kecekapan menangkap penjenayah penjenayah.
WALAUBAGAIMANAPUN, jangan ke
Pulau Pinang jika tuan puan dan keluarga ingin menonton filem hebat bermotifkan
sejarah TANDA PUTERA. Lim Guan Eng dan DAP sedang berusaha menghalang penayangannya
di Pulau Pinang.Alhamdulilah, cubaan pengharaman penayangan filem tersebut di
Pulau Pinang, menimbulkan rasa `ingin tahu’ dan publisiti terhadap TANDA PUTERA
di kalangan rakyat.
Marilah kita usahakan filem ini
dipertontonkan seramai mungkin rakyat Malaysia khasnya pelajar sekolah Rendah,
Menengah, Kolej, Politeknik dan Universiti.
No comments:
Post a Comment