Penulis berhari raya di rumah kenalan politik dan topik bualan kami
berkisar kepada pemilihan Naib Presiden UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO akan
datang.
Melalui bualan kosong itu, penulis dapat simpulkan demikian:-
Akan ada pertandinagn sengit untuk jawatan Naib Presiden. Selain daripada
Datuk Seri Zahid, Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Seri Shafie, beberapa nama
lagi turut dicadangkan atau berhasrat bertanding.Antaranya Datuk Seri Musa
Aman, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, D Mustapha Mohamed dan terakhir Datuk Mukhriz
Mahathir.Tan Sri Isa sedang berfikir samada hendak turut serta atau tidak.
Andaian Pertandingan Satu
DS Zahid, DS Hishamuddin, DS Shafie, DS Mohd Ali, DP Musa Aman, D
Mustapha& D Mukhriz
Jangkaan Penyandang:
Datuk Zahid, DS Mohd Ali, D Mustapha dan Datuk Mukhriz.
Andaian Pertandingan Dua
DS Zahid, DS Hishamuddin, DS Shafie, D Mustapha, DS Mohd Ali, DP Musa
Aman
Jangkaan Penyandang :-
DS Zahid, DS Shafie ATAU DP Musa, DS Mohd Ali atau D Mustapha
Ini bermakna ramai yang memilih DS Zahid dan menolak DS Hishamuddin
serta memberi peluang kepada DS Mohd Ali, D Mustapha mahupun D Mukhriz..
Juga mengambarkan hanya seorang dari Sabah menjadi wakil iaitu DS
Shafie atau DP Musa. Jika DS Mohd Ali, D Mustapha dan D Mukhriz bertanding (dan
tentulah disebabkan bilangan ahli UMNO yang memilih), barisan Naib Presiden
akan berubah.
DS Hishamuddin mempunyai masalah presepsi `lambat mengambil tindakan,
lemah dan tidak berani membuat keputusan’. Seorang yang berlembut menampakkan
kelemahannya.Semasa menjadi Menteri KDN, ramai yang mengeloh dengan tindak
tanduknya. Johor mungkin tidak akan diwakili di peringkat Naib Presiden pada
pemilihan kali ini.
D Mukhriz sedang naik bintangnya dengan bantuan atau tanpa bantuan bapanya.Beliau
baru sahaja membuat pengumuman yang beliau memastikan keluarga beliau dan EXconya
tidak terlibat di dalam projek Kerajaan Kedah.Pengumuman ini menaikkan imej dan
rating politiknya.Polisi ini menjadi amalan Tun Dr Mahathir semasa menjadi PM
dahulu.
Melainkan DS Hishamuddin melakukan sesuatu yang drastik, beliau tidak
akan dinaikkan pangkat. DS Najib boleh membantu DS Hishamuddin di dalam Kabinet
(seperti menukarkan beliau dari KDN kepada Kementerian Pertahanan) tetapi jika
beliau tidak dipilih menjadi Naib Presiden, DS Najib terikat dengan pilihan
ramai.
Ahli Politik Sabah semakin mencerah. Terbaru Datuk Azizah Mohd Dun
mengumumkan akan bertanding Naib Ketua Wanita UMNO. Penulis meramalkan sekurang
kurangnya 6 ahli politik Sabah akan berada di barisan atasan UMNO iaitu di
peringkat Naib Presiden (1), ahli MT (3), Pemuda(1) dan Puteri(1). Sekarang
politik Sabah berada di Naib Presiden (DS Shafie) dan MT (DP Musa dan D Bung
Mokhtar Radin).D Lajim telah meninggalkan UMNO. Di peringkat Kabinet pun, ramai
juga orang Sabah UMNO dilantik ke jawatan Menteri (DS Shafie &D Rahman
Dahalan) dan Timbalan Menteri (D Rahim Bakri, D Rosnah, D Azizah).
Penulis amat berminat jika politik negara kita diwakili oleh semula
negeri dan tiada monopoli sesebuah
negeri samada Johor, Pahang, Sabah mahupun Perak.Melaka pun sedang cuba
memegang kerusi Ketua Puteri (YB Mas), Ketua Pemuda (mungkin DW Ir Idris) dan
juga Naib Presiden (mungkin DS Mohd Ali). Implikasinya 3 orang di Pengurusan
Atasan UMNO.
Seperkara lagi, penulis ingin melihat ahli UMNO yang tiada berjawatan
di peringkat nasional, menonjolkan diri di MT. Majoriti ahli MT adalah ahli
parlimen. Kurang daripada 3 orang adalah mereka yang tidak berjawatan Menteri
atau Timbalan Menteri seperti Datuk Dr Norraesah dan Datuk Azian Osman dipilih
menganggotai MT. Penulis menyeru setiap MB/KM mempromosi seorang atau dua Ahli
DUN mereka untuk mewarnai pentas politik nasional.
No comments:
Post a Comment