Saturday, 24 August 2013

KEDAH, MELAKA DAN JOHOR TERUS MEREBUT `NEWS HIGHTLIGHT’

 KEDAH, MELAKA DAN JOHOR TERUS MEREBUT `NEWS HIGHTLIGHT’


Salam Kemerdekaan
Kedah akan menganjurkan HARI KOPERASI NEGARA 2013 pada 23-25 Ogos 2013 di Dataran Darulaman. Sambutan ini melibatkan pameran oleh Koperasi Dalam Negeri dan Luar Negeri. Perasmian akan dilakukan oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Tan Sri Muhyiddin adalah di dalam rangka lawatan ke Thailand dan diiringi oleh MB Kedah dan Perlis.

Johor pula berhasrat untuk meluaskan rebet air kepada golongan miskin. MB Johor juga akan medokumentasi dan melaksanakan pembangunan ekonomi strategik.

Itulah yang penulis maksudkan apabila meminta KM Melaka memperhatikan program atau majlis peringkat nasional dan polisi yang mesejahteraan rakyat.

Program Selamat Pagi 1Malaysia pagi Khamis, Melaka akan menganjurkan MELAKA SIFAR HIV 2015 dan persidangan peringkat negara ASEAN. Program akan diadakan pada 1-6 September 2013 di sebuah hotel di Melaka.

Sebelum ini, KM Melaka mencadangkan bengkel lama di Malim di ubahsuai menjadi pusat hiburan. Bagus juga ideanya kerana kawasan Malim terlalu hitam ataupun penuh dengan minyak hitam.

Sebentar tadi KM Melaka berkata Melaka akan menerima pelaburan MEGA dari China tidak lama lagi. Harap pelabur China itu dapat melaksanakan dengan segera.

Tahniah KEDAH, JOHOR dan MELAKA kerana bersaing dengan sihat.


Penulisan tempohari  adalah berkaitan seperti:


No comments:

Post a Comment