Friday, 23 August 2013

FANDI AHMAD TERGURIS..

JOHOR DARUL TAKZIM HILANG TARING TANPA FANDI AHMAD


JDT tewas kepada PKNS 2-0 pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia. Mungkinkah tanpa kelibat jurulatih dan bekas penyerang Singapura, Fandi Ahmad yang menyebabkan kekalahan tersebut. Sebagai seorang yang memegang kad pengenalan berpangkal 01 dan tinggal di Johor Bahru melebihi 15 tahun, sedih dengan kekalahan tersebut dan yang paling menyedihkan ketiadaan Fandi Ahmad di dalam skuad Harimau Selatan.

Penulis merasakan Fandi Ahmad belum berkesempatan untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat dan bersatu padu dengan penuh persefahaman. Beliau belum sempat mencurah pengalamannya dengan sepenhnya.

Persoalannya mengapa Fandi Ahmad meletakan jawatan?

Fandi Ahmad ada krisis dengan Tengku Mahkota ke?

Fandi Ahmad tidak mendapat sokongan daripada persatuan ke?

Fandi Ahmad tidak mendapat kerjasama para pemain professional ke?

Pemain JDT baikot Fandi Ahmad ke?

Keras sangat ke kejurulatihan Fandi Ahmad?

Gaji bulanan tidak memuaskan hati Fandi Ahmad ke?

Gagal merebut tempat pertama Piala FA menyebabkan ketidakpuasan Tengku Mahkota dan Pengurusan ke?

Penulis rasa ada yang tidak kena dan berpuas hati di kedua dua pihak.

Sebelum ini, dua pemain import membuat keputusan meninggalkan JDT kerana masalah gaji. Ini biasalah.


Pada penulis, kualiti jurulatih juga berperanan menarik penonton ke Stadium. Fandi Ahmad dan Tengku Mahkota adalah gandingan baik menarik penonton ke stadium. Penonton ingin melihat pemain pujaan dahulu menguruskan  JDT.



Penulis harap JDT akan mencontohi KAFA dimana para pemainnya diberikan angpaw RM30,000  seorang sebelum hari raya yang lalu kerana kejayaan menjuarai Piala FA. Rakyat Kelantan senantiasa membanjiri Stadium Sultan Mohamed, Kota Bahru. Jika perlawanan di adakan di Johor Bahru (contoh), rakyat Kelantan di Johor akan memberikan sokongan kepada pasukannya.

No comments:

Post a Comment