TAN SRI PRESIDEN PETROLIUM NASIONAL BERHAD
(PETRONAS), BETUL KE
PETRONAS DAGANGAN MENGAMALKAN KRONISME
PENGURUSAN STESYEN MINYAK PETRONAS?
Salam Kemerdekaan
Penulis ada menulis mengenai
kewajaran seorang pengusaha stesen minyak PETRONAS diberikan terlalu banyak
peluang (melalui rasuahke? Atau pilih kasihke? Atau Penyelewenganke? Atau
semangat kenegerian Kelantan / Terengganuke? Walallahualam) menguruskan stesen
minyak seperti di sini
http://nasirwise.blogspot.com/2013/07/mengapa-petronas-membenarkan-seorang.html
http://nasirwise.blogspot.com/2013/07/mengapa-petronas-membenarkan-seorang.html
Tulisan ini disalinkan ke
facebook Petronas Dagangan tetapi belum ada reaksi nya. Mungkin penulis akan
forwardkan kepada Pengurusan Atasan Petronas yang lain termasuk mantan Tun Dr
Mahathir. Penulis akan cuba mengusulkan cadangan ini kepada Presiden UMNO dan perwakilan
UMNO yang akan bersidang tidak lama lagi.
Yang Berbahagia Tan Sri Presiden
dan ahli Lembaga Pengarah PETRONAS,
Penulis cadangkan Petronas
Dagangan Berhad menghadkan seorang pegusaha dan keluarganya menguruskan SATU
BUAH STESYEN MINYAK SAHAJA PADA SUATU MASA.
Penulis cadangkan tempoh
penyewaan kepada penguasa di hadkan kepada maksimum 3-5 tahun sahaja. Menurut kawan
se taman perumahan yang mengenali seorang pengusaha stesyen minyak PETRONAS
yang berjaya di Cheng, tempoh 2 tahun menjalankan perniagaan peruncitan minyak sudah
cukup menguntungkan. Penulis cadang bukan 2 tahun tetapi 3-5 tahun.
Petronas Dagangan bertanggongjawab
memberi peluang perniagaan kepada lebih ramai Bumiputera bukannya tertumpu
kepada seorang Bumiputera sahaja.
Penulis mendapat tahu (tidak
diketahui kesahihannya, walaupun mereka adalah kawan baik) yang pengusaha
Stesyen Minyak PETRONAS Cheng yang dikenali sebagai En Zulkifli, mengendali
bukan sahaja di Bachang, tetapi di Jementah Segamat dan Terengganu. Ada
kemungkinan, En Zul ini menjadi broker untuk mencari pengusaha menjalankan
perniagaan di Jementah dan Terengganu. Beliau akan mendapat komisyen dan kemungkinan
sebahagian peratusan jualan atau keuntungan akan dibahagi kepada pihak lain.
Petronas Dagangan dirasakan
lebih bijak untuk memastikan dasar 1 pengusaha 1 Stesyen Minyak dapat
dilaksanakan. Ada pengusaha akan / telah menggunakan nama isteri (kalau ada 4
isteri macamana?), anak dewasa (kalau ada 5 orang anak macamana?), adik beradik
dan kawan melalui Power Attorney. Salah satu caranya ialah melalui surat
perjanjian penyewaan bersyarat ketat dan
sumpah laknat.
Penulis yakin PERKASA, MTEM,
GABEM dan NGO Melayu dan Islam bersetuju dengan cadangan kerana hakikatnya ia
menguntungkan seorang Bumiputera sahaja (pekerja pun orang Bangladesh). Rumah berderat dan kereta berdozen. Riak
nampaknya. Pengusaha ini baiknya kuat menderma tetapi apabila beliau seorang
yang borong menderma, jemaah lain sudah tidak perlu bersedekah banyak.
No comments:
Post a Comment