Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Wira Ir Idris Haron ditemubual
oleh pemberita sempena 100 hari menjawat jawatan Menteri Besar dan Ketua
Menteri baru baru ini. Kedua duanya bercakap mengenai keluarga tetapi nada
mereka berlainan.
Datuk Mukhriz berikrar tidak akan mempertimbangkan dan meluluskan
projek ekonomi negeri Kedah kepada keluarganya. Ikrar ini melonjakkan imej
beliau dan BN pada kacamata rakyat Kedah.
Datuk Wira Ir pula pun bercerita mengenai keluarganya. Beliau berkata
pada kebiasaannya akan makan tengahari dan malam dengan anak anak beliau,
Luqman Hakim dan Amira. Sejak dilantik ke jawatan tertinggi Melaka, anak anak
beliau mula memahami kesibukan bapanya mensejahterakan rakyat Melaka sehinggakan
tidak dapat makan bersama.
Dutuk Mukhriz telah mengumumkan 2 pelaburan besar di Kedah termasuklah
Ranbacy dari India di Kulim. Datuk Wira Ir belum berkesempatan untuk
mengumumkan pelaburan baru atau tambahan. Mungkin dalam masa terdekat, beliau atau
Pengerusi MTEN, Datuk Seri Mohd Ali akan berbuat demikian. Pelaburan baru `FDI’
memberikan indikator kepercayaan dan keyakinan pelabur terhadap peneraju negeri
selain daripada dasar pelaburan yang `condusive’.
Datuk Mukhriz berjaya memikat PM Datuk Seri Najib berkunjung ke Kedah
untuk merasmikan majlis nasional. Pada 16 hb Ogos yang lalu, Kedah menganjurkan
Hari Peneroka FELDA peringkat Kebangsaan. Malamnya PM melancarkan Majlis Kibar
Jalur Gemilang peringkat nasional. Sebelah petangnya perasmian bangunan dan
khidmat UTC Alor Setar.
Datuk Wira Ir juga tidak ketinggalan di dalam menarik penganjuran
majlis nasional. Melaka telah ditetapkan menjadi Penganjur Rumah Terbuka Aidil
Fitri peringkat Kebangsaan. Majlis ini akan menjadikan Melaka menjadi kunjungan
para Menteri Kabinet dan Parti BN juga orang ramai. Jalanraya akan menjadi
sesak dan hotel penginapan akan penuh.
Di bidang bolasepak pula, KFA akan berkerjasama dengan Cardiff City
menubuhkan Akademi Bolasepak dan pasukan bolasepak negeri. Tan Sri Vincent Tan
dan Datuk Mukhriz telah menandatangani perjanjian memajukan sukan bolasepak
Kedah. Penulis ingin melihat kebangkitan Kedah seperti mana zaman Allahyarham
Datuk Basri Akil dahulu.
Datuk Wira Ir dan MAFA mungkin sedang merancang sesuatu merancakkan
perkembangan bolasepak Melaka. Diberitakan MAFA akan mengadakan mesyuarat akhir
bulan ini untuk membincangkan masa depan bolasepak Melaka. Datuk Wira Ir ada
kawan kawan yang boleh bercakap dengan pengurusan Cardiff City untuk tujuan
kerjasama.
Penulis rasa Melaka kena cuba Kelab Professional selain Cardiff City
dan Queen Park Ranger. Jika penulis ada bajet, penulis ingin menjalinkan
kerjasama dengan Kelab dari Portugal dan Belanda. Kedua negara ini pernah
`berada’ di Melaka dan melalui sentimen tersebut, adalah wajar mereka membantu
Melaka. Penulis, yang mengendalikan Sepadu Soccer (kelab sukan remaja),
berangan angan untuk berkommunikasi dan mepengaruhi Christiano Ronaldo mengadakan
kerjasama dengan Kelab Remaja Bolasepak yang pelatih remajanya meliputi anak
anak portugis. Bajet RM250,00 setahun bagi Christiano Ronaldo terlalu kecil.
Penulis dengan seikhlasnya ingin mengingatkan KM baru kita agar
memerhatikan perkembangan Menteri Besar Kedah dan Johor. Mereka seangkatan
dengan Datuk Wira Ir sebagai ketua pentadbiran negeri yang baru. Kecekapan dan
dasar baru senantisa diperhatikan dan dinilai oleh rakyat dan politikus. Jika
boleh jadilah ahli politik yang boleh memimpin dan memotivasi pegawainya kearah
pencapaian matlamat. Ramai ahli politik yang boleh menjalankan tugas (implementor)
daripada memimpin (leader). You are the implementor or a leader?
Beberapa dasar dan polisi kerajaan didapati memperbaiki imej Kerajaan
dan sokongan ahli UMNO. Menteri Besar Johor mengumumkan kadar cukai harta dan
tanh yang berbeza diantara rakyat Malaysia dengan bukan rakyat Malaysia. Beliau
juga membuat keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh pajakan tanah
perindustrian Larkin.
Penulis ada menyarankan Kerajaan Melaka berhati hati di dalam
memberikan pajakan tanah kerajaan kerana terlalu ramai broker UMNO/BN yang
ingin membuat duit panas dan cepat.
No comments:
Post a Comment