Thursday 22 August 2013

MULA MULA PPSMI, KEMUDIAN PERHIMPUNAN BERSIH DAN HINDRAF DAN KINI AES. BOLEH KE BELIAU SELESAIKAN?




Di dalam 5 tahun ini, DS Hishamuddin Tun Hussein memegang tiga jawatan Menteri iaitu Menteri Pelajaran, Menteri Kementerian Dalam Negeri dan kini Pemangku Menteri Pengangkutan.

Jikalau kita imbas kembali, setiap Kementerian yang beliau pegang ada isu besar yang beliau tidak berani membuat keputusan atau gagal membuat keputusan yang baik.

Semasa bertugas sebagai Menteri Pelajaran, isu yang besar dan gagal di tangani dengan sempurna ialah PPSMI iaitu Polisi Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik didalam Bahasa Inggeris. Polisi initelah diperkenalkan dalam tahun 2002 oleh DS Dr Mahathir Mohamed. Kemudian beberapa pertubuhan dan parti politik berdemonstrasi dan menuntut subjek tersebut diajar di dalam Bahasa Malaysia. Tidak tahan dengan desakan dan tekanan, Menteri Pelajaran menjanjikan kajian semula dilakukan.

Didalam kajian semula dilakukan, berlaku rombokan Kabinet dan Tan Sri Muhyiddin dilantik Menteri Pelajaran. Tan Sri Muhyiddin lah yang menyelesaikan masalah ini. Beliau memansuhkan polisi DS Dr Mahathir secara peringkat peringkat tetapi membuat pembaikan dan memperkasakan Bahasa Malaysia dan memperhebatkan Bahasa Inggeris. Tan Sri membuat `presentation’ kepada Tun Dr Mahathir (sudah bersara) menerangkan sebab dan strategi Kementerian seterusnya.  Isu ini selesai.

Kemudian, negara di bebani pula dengan perhimpunan Bersih1, Bersih 2, Bersih 3 dan HINDRAF. Menteri KDN senantiasa memberi amaran dan peringatan supaya dihentikan segera perhimpuan haram ini. Penulis dapat rasakan pihak Penganjur tidak takut dengan peringatan KDN dan tidak mahu menghormati undang undang. Ratusan laporan POLIS dibuat tetapi rakyat merasakan tindakan KDN dan Pejabat Peguam Negara yang kurang efektif. Sebab itulah mereka tidak berhenti dengan  Bersih 1 tetapi Bersih 2 dan Bersih 3. Blog blog menzahirkan kurang senang terhadap Menteri KDN.

Ketidak`efektif’an Menteri KDN terus terserlah apabila KDN diterajui oleh DS Zahid Hamidi pulak. DS Zahid melakukan tangkapan dan membantu pendakwaan. Kalau di zaman DS Hishamuddin, Kerajaan memansuhkan Ordinan Dahurat, dan menyaksikan kes tembakan mengunakan senjata api, DS Zahid melakukan Ops Cantas yang menyebabkan hampir 200 penjenayah ditangkap. Kelembutan DS Hishamuddin dan ketegasan dan keberanian DS Zahid yang menampakkan persenaliti yang rakyat mahukan untuknegaranya. Rakyat gembira dengan DS Zahid, menurut blog blog. Nasib baiklah Ops SULU, PDRM dibantu oleh ATM ataupun KDN berkerjasama dengan Menteri Pertahanan.

Kini DS Hishamuddin memangku jawatan Menteri Pengangkutan. Isu besar ialah AES. Ia tertanggoh dari segi perlaksanaan kerana timbul masalah rintihan rakyat mengenai operasi dan penguatkuasaan. Selain itu, presepsi rakyat khasnya pembangkang yang AES melibatkan unsur unsur rasuah dan tidak tulus.

DS Hishamuddin baru sahaja mengumumkan bahawa Kerajaan akan ambilalih operasi dan penguatkuasaan. Penulis harap kali ini DS Hishamuddin akan berjaya membuat suatu keputusan `jantan’ di dalam kes AES. Beliau kena bantu kerajaan membuat keputusan. Mari kita tunggu dan lihat.


Pandangan peribadi penulis ialah AES wajar di adakan kerana ia akan mengurangkan kemalangan dan index rasuah didalam PDRM. Tiada ruang untuk rakyat memohon pengurangan jumlah kompaun kerana tiada elemen manusia dan belas kasihan.

1 comment:

  1. Kita sebenarnya sekarang ini yang memberi amaran kepada DS Hishamudiin suapay tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden kerana itu langkah terbaik utnuk beliau mengundurkan diri dari di undurkan

    ReplyDelete