Sunday, 4 August 2013

TAHNIAH DATUK WIRA IDRIS HARON KERANA DILANTIK PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO MELAKA.



Presiden UMNO, baru baru ini, mengumunkan perlantikan 5 Pengerusi Perhubungan Negeri termasuklah Datuk Wira Ir Idris Haron yang menpengerusikan UMNO Melaka.

Datuk Wira bertekad mengambil tanggongjawab menambah keahlian UMNO dan mencari kaedah menangkis tohmohan dan dakyah pembangkang. Beliau mahu UMNO berkerja keras menghalang pembangkang menguasai Melaka dan merampas semula kerusi yang BN tewas semasa PRU13 yang lalu.

Penulis ingin memberikan pandangan mengenai keadah menambah keahlian UMNO.

Secara dasarnya, UMNO kena jaga harta yang ada di dalam tangan atau kendongan iaitu 50 peratus pengundi Melayu (dah bertambah sekian hari), sekecil bilangan Cina (tiada harapan memenangi hati mereka 5-10 tahun lagi), 50 peratus pengundi India (bertambah 5-10 peratus setiap tahun) dan lebih 50 peratus pengundi Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Ini harta di depan mata kita dan  yang sedang dikendong. Jangan lah kejar bayang bayang.

Datuk Wira Ir Idris,

Mengenai penambahan ahli, penulis merasakan ia harus bermula di kalangan orang muda seperti di IPTA dan IPTS.
UiTM adalah kilang mengeluarkan pemikir dan usahawan Melayu di masa hadapan. Inilah segmen anak muda Melayu yang boleh di sandarkan jika UMNO/BN ingin memelihara Malaysia ini. Pelajar pelajar Melayu pada peringkat umur begitu tidak mementingkan politik dan tidak nampak masa hadapan. Mereka masih mentah. UMNO/BN kena buat strategi supaya mereka menyokong Kerajaan di masa hadapan.
Mari kita ambil contoh UiTM di Lendu. Pelajar baru memasuki pengajian berumur 18 tahun. Rasanya 50 peratus adalah pelajar dari Melaka dan selebihnya dari  luar negeri Melaka. Pelajar ini mesti di dekati sebelum mereka di rosakkan oleh ideologi pembangkang. Libatkan mereka di dalam aktiviti bukan kepartian seperti kesukarelawan, program berdialog dengan selebreti atau pemimpin, hadiri majlis agama dengan agamawan UMNO, beraktif dalam IM4U, melakukan lawatan ke negeri atau kementerian atau kemudahan beriadah dan bersukan. Atur dan anjurlah tuisyen untuk pelajar.  Daftarlah mereka untuk  kursus BTN dan macam macam kerja amal dan kempen. Ini memungkinkan pelajar ini terlindung daripada ancaman idealogi pembangkang.
UMNO wajar mendekati mereka sehingga mereka ini `graduate’. Pelajar yang mengikuti pengajian  Diploma, akan berumr 21 tahun di akhir pengajian diploma. Waktu ini diharapkan mereka telah matang sedikit dan boleh menjadi Ahli UMNO dan berdaftar sebagai pengundi dan penyokong UMNO/BN.
UMNO seluruh negara bukan sahaja UMNO TanggaBatu kena kerja keras di semua pusat pendidikan negara. Di Melaka, UiTM, KUIM dan UTEM menjadi sasaran.  Kolej Yayasan Melaka, Kolej RISDA, Kolej swasta lain seperti Cosmopoint dan STAMFORD,  Kolej Komuniti di Melaka cukup banyak dan pelajar Melayu memang ramai. Begitu juga Politeknik politeknik. Sasaran ini perlu di terokai. UMNO dah buat program di kolej dan politeknik di Melaka ini?
Sekolah Menengah pula jangan dibiarkan. Mengambil contoh Sekolah Menengah Tun Haji Abd Malek, majoritinya pelajar Melayu daripada lebih kurang 1000 pelajar. 10-20 peratus pelajar Cina yang dahulunya bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.  Cukuplah dengan masalah guru guru yang berpendirian kiri dan Pro PAS PAS PKR. Anak muda ini mesti diselamatkan dan diberikan pendedahan yang positif. Dengan didikan ibubapa dan Atok DAP dan kemudahan media sosial, mereka ini sudah terdedah kepada maklumat yang salah dan berbau perkauman. Sebelum pendirian mereka menjadi lebih hitam pekat dan sebati, elok UMNO/BN mencairkan pendirian mereka sebelum terlambat.
Wujudkan program program seperti yang dibuat untuk pelajar UiTM dan Kolej dan politeknik.
Sukan adalah salah satu cara untuk mendekati mereka. Sukan Bolasepak, Takraw, Badminton, Bola Tampar, Hoki, Bola Jaring dan sebagainya. Sukan `indoor’ pun jangan dilupakan. Catur, Kerem, Boling dll.
Penulis ingin mencadangkan UMNO/BN membantu Kementerian Pendidikan melakukan transformasi sukan bolasepak (contoh). Bolasepak ada beberapa kategori mengikut umur iaitu bawah 10,12,15 dan 18 tahun. Didapati aktiviti bola sepak sibok mengikut bulan. Perlawanan bolasepak mengikut kawasan bawah 12 tahun telah tamat bulan April-Mei lagi dan lepas itu tiada perlawanan. Tiada atau kurang perlawanan lanjutan.
Biasanya Kelab kelab bolasepak  di sekitaran akan meneruskan aktiviti tersebut. Malangnya pengurusan kelab kelab bolasepak di Melaka ini berkumpulan. Terdapat 3 kumpulan yang aktif dan jika salah satu Kelab menganjurkan pertandingan, sudah pasti 2 kelab yang bermusuhan tidak akan dipanggil bertanding. Ia menjadi tidak sihat apabila ada Kelab kelab ini diterajui oleh ahli PKR. Ada kelab meminta dan menerima tajaan TShirt dari DAP pun.
UMNO/BN mesti menerajui bolasepak Melaka. Mereka galakkan sekolah sekolah memperkuatkan barisan bolasepak mereka kerana pertandingan akan diadakan setiap 2 bulan. UMNO/BN menjadi penganjur dan sediakan hadiah yang menarik. UMNO/BN akan membantu kelab sekolah dari segi kejurulatihan dan peralatan latihan. Jika boleh UMNO/BN memilih jurulatih yang pro Kerajaan dan diberikan gaji atau elaun yang tetap untuk melatih pelajar pelajar. Di samping mendapat mencungkit bakat baru, UMNO/BN dapat menghulurkan bantuan kepada bekas pemain Melaka menjalani kehidupan selepas `pencen’ bermain. Selain itu, para pemain akan senantiasa menghormati jurulatih mereka dan idealogi jurulatihnya.  Dengan sebiji batu, UMNO/BN dapat `tembak’ 2 burung iaitu para pelatih dan jurulatih.
Pendekatan ini membawa kebaikan kepada pelajar dan jurulatih (bekas pemain Melaka). Jika Sekolah Menengah tadi ada 2 kategori Bawah 15 dan bawah 18,  seramai 60 pelatih akan terlibat secara langsung. Ini tidak termasuk pelatih di dalam kategori pembangunan bolasepak dan minat bolasepak. Setiap Sekolah Menengah boleh mewujudkan 200 pelatih dan kemungkinan menjadi kader UMNO/BN.
KPI sekolah sekolah di dalam bidang ini lalah bilangan pemain yang terlibat di dalam pembangunan bolasepak. Lebih ramai pelajar yang dilatih lebih tinggi KPInya. Banyak sekolah yang menumpukan pembentukan pemain yang `handal’ sahaja dan tidak memperdulikan pemain yang perlukan pendedahan. Bagaimana pemain menjadi pemain `competition’ jika mereka asyik duduk dibangku simpanan?.
Penulis yakin dengan perancangan yang rapi dan kerja keras, anak muda dan remaja yang minat sukan akan dapat dibentuk menyokong UMNO/BN.
Sila ke blog penulis yang menulis hujahan transformasi bolasepak di Melaka.
Setiap pasukan atau kategori perlu ada pengurusnya dan ini boleh diamanahkan kepada AJK UMNO/BN. Inilah peluang dan ruang untuk AJK UMNO/BN Bahagian tersebut menunjukkan kehebatan mengurus orang ramai. Setiap pengurus akan berfikir macamana hendak mendapatkan jersi, mengadakan perlawanan persahabatan, menguruskan pengangkutan pergi dan balik perlawanan mahupun latihan,  bercakap motivasi dengan pelatih dan jurulatih, mengendalikan pemakanan tambahan dan latihan tambahan seperti Latihan GYM dan banyak lagi. Sebelum AJK UMNO/BN memikirkan hendak menjadi wakil rakyat, mereka mesti melalui latihan pengurusan ini. KPI mereka boleh diukur melalui kemenangan di pertandingan, jumlah perlawanan yang disertai, disiplin pemain, jumlah pelatih terpilih mewakili Sekolah, Daerah, Negeri atau Negara.
Tahu tidak berapa bilangan pengurus bolasepak atau futsal yang boleh diwujudkan di dalam UiTM sendiri?. Bayangkan setiap falkulti mempunyai satu atau dua pasukan. Kalau ada 10 falkulti, ada 10 pengurus. Masing masing bersaing sihat dan untuk berjaya tiada jalan lain. Mereka mesti bekerjasama dengan Pengurus, jurulatih dan Pemain setiap masa. Berlatih, berjalan, makan sama, menonton Piala FA atau Super Liga dan membeli pakaian sukan. Kemesraan dan perhubungan rapat memungkinkan peribadi pemain boleh di bentuk.
Bayangkan jika di setiap Kolej komuniti dan Politeknik mempunyai pasukan dan pengurus dan jurulatih serta pemain. Mereka berinteraksi rapat dan berlatih sungguh kerana setiap 2 bulan ada `game’ dan hadiah lumayan.
Penulis sendiri mengendalikan sebuah pasukan bolasepak bawah 12 tahun bernama SEPADU SOCCER (sila like sepadu soccer di facebook page). Yang sungguh menyenangkan hati penulis ialah pembentukan peribadi pemain. Bersalaman dengan Jurulatih sesampai padang dan tamat latihan, kehadiran tepat pada masanya, tolong menolong mengangkat tiang gol dan bola. Menyusun jersi dan beratur menerima makanan semasa perlawanan. Bersalaman dengan pihak lawan dan mengawal perasan  riang ketika menang dan sedih ketika kalah game. Sungguh banyak nilai murni di dalam kesukanan ini.
Apa yang dihuraikan diatas boleh di gunapakai untuk sukan lain. Juga di semua peringkat persekolahan. Terlalu banyak idea yang boleh dilaksanakan oleh UMNO/BN tetapi ia bergantung kepada kesungguhan ketua pemimpinnya. Jangan takut dengan kos operasinya. Ia sangat rendah jika diuruskan dengan baik dan kepintaran pengurus. Penulis bersedia berbincang dan `go detail’ untuk melaksanakanya.

Penulis mensyorkan UMNO/BN mengadakan `pembersihan dan pengkukuhan sokongan BN’ di kesemua kementerian. di GLC Nasional dan Negeri dan MultiNasional dan juga Universiti. Banyak artikel yang penulis perincikan kepincangan yang perlu dibaiki. Artikel artkrl tersebut boleh di baca di www.nasirwise.blogspot.com ataupun linknya:

UMNO/BN perlu lakukan sekarang bermula hari ini di Lembah Klang kerana 5 tahun tidak lama. Kita harap pengundi Lembah Klang apabila balik kampong akan mengundi BN bukan mempengaruhi ibubapa dan adik beradik mengundi PAS PKR DAP.

Begitulah secara ringkas pendekatan untuk menambah ahli UMNO. Jika ia dilakukan sekarang, resultnya akan terserlah 3 tahun kemudian. Sekaranglah masanya duduk, makan, minum, bersukan dan beriadah serta bersembang dengan mereka.

No comments:

Post a Comment