Wednesday, 14 August 2013

TREND TERKINI-MB TIDAK BERTANDING MT

TREND TERKINI-MB TIDAK BERTANDING MT


MB Perak dan Johor mengesahkan tidak akan bertanding kerusi ahli Majlis Tertinggi UMNO kali ini untuk memberi perhatian kepada pentadbiran negeri masing masing.

MB Negeri Sembilan pula berminat mempertahankan kerusi MTnya tepati di peringkat Bahagian Rembau, jawatan Ketua Bahagian akan di tentang oleh Datuk Rais.

Beberapa ahli MT sekarang berhasrat mempertahankan keahlian MTnya seperti Datuk Azeez dan DS Idris Jusuh tetapi Datuk Nazri dan Datuk Husni akan memberikan laluan kepada ahli UMNO yang lain.

Penulis bukan ahli UMNO yang berjawatan tinggi serta aktif, ingin tahu mengapakan mereka berebut rebut ingin dipilih menjadi ahli MT?.Apakah kelebihan dari segi pangkat atau kuasa atau kewangan jika dipilih menjadi ahli MT? Adakah status mereka akan naik? Adakah ia berpeluang menjadi Menteri atau passport menjadi Menteri?

Pada penulis yang tidak faham ini, MT memainkan peranan membuat keputusan dasar  untuk kaum Melayu dan bumiputera untuk dipanjangkan kepada Kerajaan. Kerajaan BN yang dianggotai pelbagai kaum juga menjadi penentu dasar Kerajaan.

Jika hendak berbakti, banyak salurannya.Jika hendakkan dasar yang baik, UMNO kena melibatkan pakar dan ilmuan Melayu juga.Pandangan NGO Melayu dan Islam perlu diambil kira.

Pada penulis, MT perlu dibarisi oleh orang lama dan baru (muda) juga orang parti dan orang luar (pakar dan ilmuan Melayu Islam).Pakar meliputi pakar ekonomi atau kewangan atau Pakar Agama.Ilmuan bermaksud pakar strategi yang berpandangan jauh dan berwawasan.

Adakah jika kita tidak dilantik atau dipilih menjadi ahli MT, kita tidak berperanan? Contohnya jika DS Ismail Sabri, D Azeez, D Nazri, D Tajuddin, D Dr Awang, D Dr Latif dan ramai lagi, tidak dipilih, tidak kah mereka ahli parlimen atau menerajui GLC boleh berperanan? Ada orang suka sangat jawatan. Pada satu masa, ia pegang Tabung Haji, jadi ahli Parlimen, ingin duduk kerusi MT, Ketua Kelab Putera dan Ketua pelbagai Misi. Penulis rasa kat Malaysia ini, biar dia aja yang buat kerja seorang.Mudah mudahan PM nampak.

Penulis suka pendekatan BN di PRK Kuala Besut.Calonnya orang muda dan berpendidikan.Keluarga beragamaan.Tiada ceramah besar besaran tetapi rumah ke rumah.Ahli UMNO yang terlibat di dalam pemilihan ini yang seramai 148,000 orang, berilah peluang kepada orang muda (50 peratus) dan yang berpendidikan, bersih dan baik akhlaknya.Beri perhatian yang kurang kepada pak Menteri dan pak Timbalan Menteri supaya mereka boleh menumpukan perhatian kepada kementerian masing masing mensejahterakan rakyat.


No comments:

Post a Comment