Monday 26 August 2013

SEMPATI DENGAN DS HISHAMUDDIN DAN KEMENTERIANNYA

SEMPATI DENGAN DS HISHAMUDDIN DAN KEMENTERIANNYA

Semalam penulis menge`publish’kan penulisan mengenai pengendalian isu besar oleh DS Hishamuddin semasa menjawat Menteri Pelajaran (Pembelajaran dan Pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris), kemudian menerajui Kementerian Dalam Negeri (berhadapan dengan isu Bersih1,2,3 dan HINDRAF) sebelum memangku Menteri Pengangkutan.



Di dalam kapasiti terkini (Pemangku Menteri Pengangkutan) penulis mengenalpasti cabaran berat DS Hishamuddin di dalam isu AES. Dimaklumkan Kerajaan akan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES ini daripada pihak swasta, atas nasihat Peguam Negara.

AES ini telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat hasil putar belit parti pembangkang. Atas sebab sebab di atas, AES dikaji semula perlaksanaan. Yang penulis kuatiri ialah keputusan yang bakal dibuat, tidak dipersetujui oleh banyak pihak.

Belum selesai kes AES, nahas bas jatuh gaung dan melibatkan 37 orang kematian dan 16 orang cedera, menghantui pemikiran DS Hishamuddin dan Kementeriannya. Takziah kepada semua ahli keluarga yang terbunuh. Selain PDRM (KDN) Kementerian Pengangkutan terlibat secara langsung.


Dua hari yang lalu, seorang anggota Malbat 5 teah terbunuh di dalam sebuah kemalangan di Lubnan manakala 2 rakan Allahyarham turut cedera.

Sesungguhnya penulis sempati dengan DS Hishamuddin.  Ibarat bencana senantiasa mengekori DS Hishamuddin. Setiap kementerian yang beliau terajui ada sahaja permasalahannya.  Penulis cadangkan DS Hishamuddin dan kementeriannya mengadakan  majlis doa selamat dan tolak bala agar ALLAH memelihara beliau dan Kementeriannya. Juga menjauhkan musibat.

1 comment:

  1. Siapapun kita, peranan kita adalah untuk menyelesaikan masalah!!

    Hadapi masalah, jgn lari dari masalah.

    Wama arsalnaka illa rahmatan lilAAalameena.

    ReplyDelete