Kerajaan mengambil langkah menaikkan harga minyak petrol dan disel
sebagai langkah mengurangkan deficit dan secara tidak langsung menjimatkan kos
subsidi tahunan RM3.3billion. Penjimatkan ini, kata DS Najib dan DS Wahid Omar,
akan digunakan untuk membantu rakyat secara tepat melalui BRIM dan medium lain.
Penulis yang tidak mempunyai kereta mewah dan tidak mewah `sebelah
tangan’, rumah berderat di merata tempat dan lori lori yang mengotorkan
jalanraya, merasa syukur kerana langkah tadi akan menyebabkan BRIM kepada
keluarga penulis akan meningkat. Anak sekolah akan dapat bantuan persekolahan
dan anak muda mendapat bantuan pengajian di Universiti.
Langkah ini juga menjadikan penulis lebih berhemah di dalam penggunaan
kenderaan. Perjalanan diatur dan dilakukan jika mustahak sahaja. Anak anak muda
pun tidak akan merempit tidak tentu arah. Amat logik jika Kerajaan memilih
membantu rakyat berpendapatan sederhana dan rendah yang jikalau berkenderaan
pun kereta berkapasiti 1300 cc ke bawah. Malulah jika pengguna kereta Ferari,
BMW dan Mecerdes Benz tidak mampu bayar duit bahan api. Malaysia diberitakan
berkedudukan numbor 8 terendah di dalam dunia yang menawarkan harga minyak.
Pengurangan bebanan subsisdi sebenarnya salah satu langkah Kerajaan
memperkukuhkan kewangan negara. Di sudut lain, Kerajaan sedang menjalankan strategi
penjimatan perbelanjaan negara tetapi berusaha meningkatkan pendapatan negara
melalui pungutan cukai yang tinggi (sebagai contoh).
No comments:
Post a Comment