Sunday, 15 September 2013

TANDA TERIMA KASIH DAN HASIL RUNGUTAN OLEH MELAYU DAN BUMIPUTERA, NAJIB UMUM INISIATIF MEMPERKASAKAN EKONOMI.



Hari Sabtu, jam 11 pagi, di Dewan Agong Tuanku Chancelor, UiTM, Shah Alam, di Majlis Meperkasakan Ekonomi Bumiputera, Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, mengucapkan  ribuan terima kasih kepada Melayu dan Bumiputera kerana menyokong dan mengundi BN di dalam PRU13 yang lalu. Kerusi Parlimen UMNO sebenarnya telah meningkat daripada 79 kerusi kepada 88 kerusi.

Sebelum PRU13 yang lalu, DS Najib dilihat memberikan banyak peruntukan kepada kaum Cina sebagai usaha untuk menarik mereka ke pangkuan BN. Rupa rupanya pengorbanan orang Melayu dan DS Najib dibalas dengan kaum Cina melakukan tsunami politik semasa PRU13. Mereka (hampir 90 peratus kaum Cina) berpakat menumbangkan BN melalui peti undi dengan bantuan PKR dan PAS.

Sebagai manusia yang banyak kelemahan, penulis amat marah dengan DS Najib kerana tahu pengkhinatan Cina terhadap Melayu telah berlaku, sehinggakan penulis minta Kerajaan meminggirkan sahaja kaum Cina. Rakyat Melayu dan Bumiputera lain ada juga yang serasa dengan penulis. Ramai yang meminta DS Najib membantu atau memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera.

Akhirnya, DS Najib dan Kerajaan mengumumkan agenda dan strategi memperkasakan orang Melayu dan Bumiputera. Rupa rupanya,  DS Najib mendengar rungutan dan keresahan kita orang Melayu dan Bumiputera. Pengumuman ini membuktikan rungutan kita didengari.

Penulis tidak akan mengulas 5 strategi memperkasakan ekonomi yang telah diumumkan kerana ia banyakdiperkatakan di banyak dada surat khabar dan blog.


Yang mustahaknya ia dilancarkan atau diumumkan di UiTM iaitu pada penulis sebuah kilang yang akan mengeluarkan rakyat Melayu dan Bumiputera yang akan menyokong BN jika ianya menepati strategi. Di UiTMlah, BN kena duduk rapat dengan pelajar kerana semasa mendaftar, mereka berumur 18 tahun. Selepas 3 tahun dan graduate peringkat Diploma, mereka adalah pengundi. Setahun UiTM sudah mengeluarkan 180,000 graduan. Andaikata kesemua graduan menjadi `agent’ UMNO atau BN, alangkah baik untuk UMNO dan BN. Kita tidak perlu kejar bayang bayang (pengundi Cina) kerana ditakuti apa yang sedang dikendong (sokongan Melayu dan Bumiputera) akan tercicir jika tidak ambil perhatian.


Ingat tidak penulisan penulis mengenai gesaan kepada BN agar mendengar denyutan nadi rakyat dan warkah untuk Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak.

No comments:

Post a Comment