Monday 2 September 2013

MELAKA MULA MENCIPTA SEJARAH. BAS ELEKTRIK PERTAMA DI MALAYSIA. TEKSI AIR BILA DAH DI LANCAR?


Sempena pembukaan pejabat SPAD di Melaka, KM Melaka mengumumkan Melaka akan mengunakan bas berkuasa elektrik dan ia merupakan yang pertama di Malaysia. Untuk pengetahuan ramai, demi memberikan perkhidmatan pengangkutan yang baik kepada rakyat Melaka, Melaka mengambilalih syarikat syarikat pengangkutan di Melaka. Jenama yang digunakan ialah PANORAMA. Di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuantan, perkhidmatan di berikan oleh RAPID.

Bas elektrik, kata KM, beroperasi seperti baggy golf. Seingat penulis bas elektrik akan menggunakan bateri yang boleh `rechargeable’. Ia bukan seperti KOMMUTER di Malaysia atau TRAMP di Los Angeles yang juga menggunakan bekalan elektrik tetapi di salurkan oleh talian di atas badan kommuter atau tramp.

Di Amerika, bateri tersebut diperkasakan oleh `fuel cell` untuk menge`chatge’ arus elektrik dan mengerakkan enjin bas.

Walaupun mahal pada peringkat awal pembelian, ia sepatutnya sungguh jimat dan bersih apabila beroperasi. Bas bas dijangka akan memulakan operasi bulan Jan 2014 (?).
PENULIS HARAP DENGAN KEJAYAAN BAS ELEKTRIK PERTAMA DI MALAYSIA,  JANGAN DICEMARI NANTI DENGAN HARGA TAMBANG YANG TINGGI PULAK. KADANG KADANG TEKNOLOGI TINGGI, BERSIH DAN YANG PERTAMA, TETAPI MENYEBABKAN PRODUKNYA TERLALU MAHAL.

Seperkara lagi, Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD membayangkan Melaka adalah salah berapa buah station perhentian Train Laju Singapura Malaysia. Melaka amat bernasib baik di iktiraf sedemikian rupa. Di Kedah, train tersebut akan berhenti di Alor Setar atau berdekatan?

Melaka dijangka atau mempunyai teksi air tidak lama lagi. Pelancong yang sampai di Melaka Sentral boleh menaiki teksi air ke hotel di kawasan Bandar Hilir dan kawasan Jonker Walk atau Bangunan Merah.


Tahniah Melaka. Ada perubahan baik.

No comments:

Post a Comment