Wednesday 18 September 2013

AHLI UMNO PILIH CALON BERDASARKAN RESTU DAN `SIGNAL’ PM DAN TPM?


Jikalau kita perhatikan secara teliti, pertandingan sengit hanya akan berlaku di kategori Naib Presiden dan MT serta EXCO Pemuda, Wanita dan Puteri.

Kategori Naib Presiden menampilkan 2 atau mungkin 3 pencabar selain Naib Presiden sedia ada DS DrZahid Hamidi, DS Shafie Afdal dan DS Hishamuddin Tun Hussein. Mereka adalah DS Mohd Ali dan Tan Sri Isa (dan mungkin Datuk Mukhirz Mahathir juga). Datuk Mukhirz baru sahaja menerima lampu hijau untuk bertanding? Dari siapa Tum Dr Mahathir atau PM atau TPM?

Datuk Musa Aman telah memutuskan untuk tidak bertanding Naib Presiden dan MT. Suatu keputusan yang sukar difahami. Beliau menjadi Ketua Perhubungan UMNO Sabah tetapi tidak mahu atau mengelak berperanan di peringkat UMNO nasional. Adakah beliau ingin memberi laluan kepada ahli UMNO Sabah yang lain seperti DS Shafie, D Rahman Dahlan, DS Bung Radin Mohktar dan yang lain.? MARA di beri peranan penting di dalm memperkasakan ekonomi Bumiputera.

Adakah ia seperti DS Noh Omar memberi laluan kepada Datuk Sohaimi Shadan dan Datuk Satim mewakili Selangor?

Jawatan Presiden,Timbalan Presiden dan Ketua Wanitahampir pasti tiada tandingan. Tengku Razaleigh mungkin tidak akan bertanding jawatan Presiden kerana populariti DS Najib amat tinggi manakala Tengku tidak nampak ada sokongan  akar umbi kerana beliau kurang `mengular’ di peringkat bawahan.

Kategori Timbalan Presiden pula akan memberikan laluan tanpa bertanding kepada penyandang sekarang. Tan Sri Muhyiddin popular dikalangan Melayu dan tidak kedengaran akanada pertandingan. Malah DS Dr Zahid Hamidi ada mengeluarkan penafian yang beliau ingin mencabar kedudukan Tan Sri Muhyiddin. Ahli UMNO kena ingat yang Tan Sri Muhyiddin juga merupakan kegemaran Tun Dr Mahathir.

Ketua Wanita dijangka akan tiada pertandingan dengan penarikan diri YB Datuk Azalina Othman. Jika adapun, tiada ketokohan yang boleh menandingi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil buat masa ini. Isu NFC sedikit pun tidak mengerunkan wanita waja ini. Perhubungan baik dengan PM memang terserlah. Kesetiaan tetap kekal walaupun beliau tidak dipilih menjadi wakil rakyat dan dilantik mengalas tuga nasional.

Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin pasti akan menang jawatan tersebut jika ada pertandingan. Diberitakan Saudara Akhramsyah Tan Sri Sanusiakan berdepan dengan beliau.Penulis tidak nampak dan dengar gerak kerja aktifnya sehingga mewajarkan beliau bertanding diperingkat tertinggi Pemuda. Pengaruh Tan Sri Junid tidak mencukupi membantu kemaraan Akhramsyah. Jika Saudara Akhramsyah, anak kepada Tan Sri Sanusi Junid tarik diri, seorang lagi akan menawarkan diri. Tiada kesengitan kerana YB Khairy popular di kalangan belia. Pada pendapat penulis yang cetak ini, jika inginkan pengenalan dan publisiti untuk dikenali ramai, pertandiangan ini memungkinkan. Tandinglah tahun hadapan.

Ketua Puteri Melaka, YB Mas Erni akan mencuba nasibnya. Walaupun kurang berpengalaman diperingkat nasional, beliaudijangka menang kerana tiada tokoh yang betul betul `credible’melawannya. Beliau juga paling awal mengumumkan penawaran diri dan satu strategi yang baik. Penulis harap Puteri tidak akan malap di dalam aktivitinya nanti.Penulis `expect somebody lika Datuk Azalina’  semasa memimpin Puteri dahulu. Gila gila sikit dan `not predictable’ programnya. Selamat mencuba.

MT menyaksikan ramai muka baru. Antara yang tidak bertanding ialah Tan Sri Dr Rais Yatim, DS Noh Omar, Datuk Musa Aman. Ramai juga yang akan mempertahankan jawatan seperti Datuk Tajuddin, Datuk Saifuddin, Datuk Mustapha, Datuk Wira Idris Haron dan lain. Muka baru calon MT khasnya dari Pemuda dahulu ialah Datuk Sohaimi, Datuk Seri Reezal, Tun Faisal dan Datuk Razali Ibrahim. Sabah akan mempertarungkan Datuk Bung Radin, Datuk Abdul Rahmandan mungkin Datuk Ghafur. Selangor mengemukakan Datuk Satim dan Datuk Sohaimi. Johor akan di wakil Datuk Nur Jazlan, Datuk Razali Ibrahim, Datuk Dr Puad Sarkasi dan sebagainya. Datuk Dr Latif sudah buat keputusan tidak?


Pesanan penulis ialah jika sudah dilantik ahli Majlis Tertinggi UMNO, jangan sesekali menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan keluarga. Berilah sumbangan ide ide untuk memperkukuhkan UMNO dan BN. 

2 comments:

  1. http://jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com/

    salam bro..tolong linkkan blog saya...tq

    ReplyDelete
  2. Bro
    Saya sedang belajar macamana nak link kan. Kalau tahu ajar saya

    ReplyDelete