Tuesday 2 April 2013

TEROWONG DASAR LAUT OLEH DAP



Pulau Pinang heboh dengan projek meganya Terowong Dasar Laut. Kosnya menjangkau RM4 bilion. Ada kata RM6 bilion. Salah taip. DAP berpendirian projek ini mustahak dan perlu dilaksanakan manakala BN kata tiada kewajaran kerana terdapat 2 jambatan dan 1 feri. Cara DAP ialah apabila mengusulkan projek, rakyat harus sokong sahaja. Tidak setuju bermakna anti Kerajaan DAP.

Penulis berpendapat biarlah Kerajaan DAP teruskan projek itu dan syarikat pelaburan membuat suntikan kewangan. Kerajaan BN pula mesti bersikap dan bersifat seperti Kerajaan Selangor PKR di dalam mengendalikan Projek Loji Rawatan Langat 2.
Kerajaan BN boleh kenakan pelbagai sekatan seperti mesti mendapat kelulusan EIA. Kelulusan kejuruteraan perlu diperketatkan.
Mahkamah mesti menjadi tempat rujukan setiap masa. Bantahan aman (seperti LYNAS dan PERHIMPUAN HIJAU) mesti dilakukan. NGO  NGO berkaitan alam sekitar hendak memberikan tekanan juga.
Pameran dan penerangan bahayanya terowong perlu diadakan dan dihebahkan dengan harapan rakyat takut menggunakan terowong.
Jabatan laut dan Kastam perlu memastikan stok bekalan pasir laut yang `halal’ digunakan di dalam projek. Laluan kapal kapal dipastikan tidak terganggu.

Syarikat rakan kongsi perlu diberitahu risiko perniagaan jika tiada kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.
TNB dan syarikat Air perlu dihalang dari membekalkan perkhidmatan.
JPJ dan PDRM perlu menyelia lori lori kerja tanah. Kenakan saman jika melakukan kesalahan dan lebih muatan. Roadblock setiap hari.
Jabatan Imigresen perlu lakukan serbuan serbuan keatas pekerja kontrak dan mengambil tindakan undang undang jika berlaku kesalahan. Jaminan oleh pelabur tidak merosakkan alam sekitar.
Bank bank harus diberitahu mengenai ketidakutamaan projek dan risiko pembiayaan kerana tidak mendapat restu Kerajaan Persekutuan.
KWSP dan Jabatan Kesihatan  perlu memantau syarikat yang berurusan dengan syarikat pelabur.

Pembinaan terowong mengambil masa 5 tahun. Sebaik sahaja Terowong Dasar Laut beroperasi, Kerajaan BN perlu mengurangkan tol untuk jambatan 1 dan 2 dengan harapan rakyat menggunakan jambatan kerana murah sedikit. Apabila kos operasi projek Terowong Dasar Laut melebihi pendapatan, pelabur akan menghadapi kecairan wang tunai. Apabila ia berlaku, Kerajaan BN melalui PLUS boleh `take over’dengan harga yang murah. Sekurang kurangnya ia memberi pengajaran kepada entiti bisnes berhati hati dengan perniagaan jangka panjang yang tidak mendapat restu Kerajaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment